Hari Asyura merupakan salah satu hari yg diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal dari perkataan Arab Asyara yg bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari ke sepuluh di dlm kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan byk sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para Nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yg diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram :-
- hari pertama Allah menciptakan alam.
- hari pertama Allah menurunkan rahmat.
- hari pertama Allah menurunkan hujan.
- Allah menjadikan 'Arasy.
- Allah menjadikan Luh Mahfuz.
- Allah menjadikan Malaikat Jibrail.
- Nabi Adam a.s. dicipta.
- Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
- Nabi Isa a.s diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom utk menyalib baginda.
- Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yg besar.
- kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
- Allah menurunkan Kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.
- Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 mlm.
- Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
- Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
- Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya, Yusuf di hari tersebut.
- diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
- Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
- Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
- Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah merengkuk di dlmnya selama 7 tahun.
- diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama 6 bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
Perkara2 sunat dilakukan pada hari Asyura :-
1. melapangkan masa / belanja anak dan isteri
2. memuliakan fakir miskin
3. menahan marah
4. menunjukkan jln yg lurus / membetuli org sesat atau org yg salah (terpesong akidah,tauhid dan akhlaknya)
5. menyapu / mengusap kepala anak yatim (menghormati/memuliakan mereka)
6. bersedekah
7. memelihara kehormatan diri
8. mandi sunat dgn lafaz niatnya : "Sahaja aku mandi sunat Hari Asyura kerana Allah Taala"
9. bercelak
10. membaca surah "Al-Ikhlas" hingga akhir 1000 kali
11. sembahyang sunat 4 rakaat dgn lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat Hari Asyura 4 rakaat kerana Allah Taala" (pada rakaat pertama dan kedua selepas Al-Fatihah dibaca Qulhuwallah sebelas kali )
12. menjamu org berbuka puasa
13. puasa sunat Asyura dgn niatnya : "Sahaja aku berpuasa esok hari Asyura kerana Allah Taala"
.....smoga diriku,keluargaku dan kawan2ku sekalian sentiasa dirahmati & diberkati Allah slalu....
AMIN !!!
(source credit to : wikipedia Bahasa Melayu)
NEW PJJ - BUKAN SEKADAR SANDWICH VOL. 2
3 years ago
No comments:
Post a Comment