Sunday, December 5, 2010

Hari Kecemerlangan Adik !

Tanggal 15 November 2010 (Isnin), telah berlangsungnya Hari Anugerah Cemerlang sekolah Adik, Sekolah Kebangsaan Batu Unjur, Klang !


- posing dulu sebelum ke sekolah -


- buku program yg ade nombor bertuah : 117 tp tak menang pun -

Majlis bermula tepat jam 8:30 pagi tp aku,hubby & Ochia sampai lewat 15 minit ! Adatlah,klau dah dtg lambat, kami dpt duduk kat belakang la huhuhu...Majlis telah dirasmikan oleh Dato Dr Teh Kim Poo, wakil Pegawai Pendidikan Daerah,Klang.


Alhamdulillah, Adik cemerlang lagi ! 5 anugerah skali Adik sapu !
1. Kedudukan pertama dalam kelasnya - 4 Berlian (89.6%)
2. Mata pelajaran terbaik utk : BM (Penulisan), Matematik &Kajian Tempatan
3. Keseluruhan Terbaik utk Tahun 4


Anugerah Adik telah disampaikan oleh Tuan Haji Idris (Yang Dipertua PIBG,SKBU) & Encik Ayahvoo (Naib Yang Dipertua PIBG,SKBU)....


- bergambar kenangan dgn Teacher Juliana (gambar atas) -

- bersama Guru Kelas 4 Berlian, Puan Chan, Guru Besar SKBU, Encik Abdul Aziz & En.Ayahvoo (gambar bawah) -


- posing atas stage dgn trofi kemenangan -



Sebelum beransur pulang, Adik sempat bergambar dgn Cikgu Mas Eddayu. Dah susah skrg ni nk jumpa Cikgu Mas sbb Adik bersekolah sessi pagi....Cikgu Mas plak mengajar sekolah ptg huhuhu....so,dikesempatan Hari Anugerah Cemerlang tempohari, Adik tidak melepaskan peluang,ajak Cikgu Mas bergambar bersama wlwpun pada mulanya Cikgu Mas menolak...
Cikgu Mas ni pernah menjadi Guru Kelas Adik semasa Adik di dlm darjah 1 Berlian ! Terima kasih Cikgu di atas semua tunjuk ajar Cikgu utk Adik selama ini. Jasa Cikgu akan sentiasa kami kenang ! Cikgu Mas juga merupakan Bendahari PIBG sekolah Adik.
Dalam sibuk2 berposing tu, sempat juga Cikgu Mas menghulurkan kad jemputannya ! Iye,insya-allah Krismas ni ( 25 Dec 2010), Cikgu Mas akan menamatkan zaman bujangnya. Beriya-iya dia mengajak kami hadir ke majlisnya. Insya-allah,Cikgu.....klau takde aral, kami akan sampai !








Aku belanja Adik mkn KFC sempena meraikan kejayaannya ! ;-)


TO ADIK :-
TAHNIAH ! ADIK CEMERLANG LAGI ! TERUSKAN BERUSAHA. MAMA & AYAH SENTIASA MENDOAKAN AKAN KEJAYAAN SENTIASA BERSAMA ADIK. JGN CEPAT PUTUS ASA, OK !
WELL DONE ! U DID IT AGAIN FOR THE 4th YEAR !!! MUAHHHHHHHHHHHH.....


No comments:

Post a Comment