Saturday, August 28, 2010

Buka Puasa RM2 ???

Percaya ke tidak??? Dengan hanya RM2 pelanggan boleh menikmati 3 jenis lauk dan mkn sepuasnya...Aku nak share dgn korang psl restoran yg charge hanya RM2 je sepjg bulan Ramadhan ni...Restoran ni terletak di Seksyen 7, Shah Alam..member aku yg bagi e-mail ni dan dia kata lagi restoran ni pernah masuk newspaper for promotion..(iye ke? ntah,aku tak perasan plak...)



Nama restorannya ialah Malaysia Negara Ku. Nak mkn kat sini ada syaratnya hehehe...don't worry,tak susah syaratnya just show ur IC as a prove that u are a Malaysian citizen ! Hidangan yang disediakan adalah berupa nasi putih beserta dgn 3 atau 4 jenis lauk dan segelas air. Not bad...My fren ckp restoran ni baru beroperasi Ramadhan ni dan ia menggunakan konsep layan diri dimana smua pelanggan akan dilayan sama sahaja,tiada yg istimewa dan tanpa mengira latar belakang samada kaya atau miskin,sama2 dpt menikmati makanan dengan RM2.
Restoran ini juga tidak menitikberatkan keuntungan semata2 tetapi lebih kepada utk membantu masyarakat yg kurang berkemampuan. Objektif restoran Malaysia Negara Ku ini adalah utk memberikan pendidikan kpd masyarakat ttg amalan kebersihan dan semangat cintakan negara.

Yang menariknya,selepas selesai mkn pelanggan perlu membasuh pinggan yg mereka gunakan..samalah masa kita kecik2 dulu di mana mak kita pasti akan suruh kita basuh pinggan selepas mkn kan hehehe...u all sanggup ke?? hehehe....lupa plak aku tnya kwn aku tu,klau taknak basuh pinggan bleh ke?? anyway,bkn susah pun setakat basuh pinggan mkn sdiri,iye tak??


Menurut kwnku lg (via pamplet yg dia amik frm the kedai), pemilik restoran ini ialah Datuk Zainal Abidin Awang Kechik yg mempunyai pengalaman selama 20 thn dlm industri mknan & mempunyai 5 restoran bertaraf 7 bintang di luar negara. Beliau bercadang utk membuka lebih byk lg cawangan Malaysia Negara Ku di seluruh Malaysia.
Bagi mereka yg tidak membawa IC dan bukan warganegara Malaysia bayaran akan dikenakan sebyk RM6 sorang. Hmm,still reasonable...
So,apalagi kwn2...jom kita serbu Restoran Malaysia Negara Ku ni...hehehe...

(credit to The Malaysian Insider for the pictures)

No comments:

Post a Comment