Mesyuarat sepatutnya dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah (PPD),Klang Puan Noraini tp telah diwakilkan kepada Tn Hj Abdul Rahman Isa, Penolong Pegawai Pelajaran,Bahagian Pembangunan Sekolah2....
Tiada byk isu berbangkit yg dibincangkan selain dari masalah tandas & kantin sekolah..Guru Besar memaklumkan yg keadaan tandas sekolah sudah kritikal & kantin juga tidak selamat ! Dana utk membaiki tandas tidak mencukupi, jd pihak sekolah telah mencadangkan utk mengadakan projek "DERMATHON" bagi mencukupkan dana sekolah dan cadangan itu telah dipersetujui ramai ! Kantin sementara telah dibina utk menggantikan kantin lama sementara menunggu kerja2 membaik pulih oleh pihak JKR...
Telah dicadangkan juga utk mengadakan kelas tambahan bagi murid2 Tahap 2 (Thn 4-6)..dgn itu Guru Besar telah mencadangkan yuran sebyk RM20 sebln..pihak sekolah memberitahu yg mereka terpaksa memulakan kelas tambahan awal bg murid2 Thn 4 & 5 sbg persiapan utk UPSR. Agak terlambat jika hendak dimulakan pada murid2 Thn 6 shj pd setiap awal tahun di mana murid2 cuma ade mase slama 8 bln shj sebelum UPSR...cadangan ini blom mendpt persetujuan lg...
Guru Besar juga memaklumkan yg Kerajaan telah memperkenalkan NKRA (National Key Result Area) atau Bidang Keberhasilan Utama yg merangkumi :-
(a) Pra Sekolah
(b) Literasi dan Numetasi (LINUS)
(c) Sekolah Berprestasi Tinggi
(d) Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah
Menurut Guru Besar, perkara2 tersebut di atas adalah penting utk memastikan bahawa menjelang 2012 tidak ada murid2 sekolah rendah yg tidak menguasai 3M (membaca,menulis & mengira). Ini bermakna bahawa murid mesti menguasai 3M selewat2nya di Tahun 3 ! So, Guru Besar meminta sokongan padu dari smua ibubapa,pihak sekolah & PIBG bagi menyahut cabaran kerajaan ini...
Mesyuarat ditangguhkan jam 12 tghari...ade cabutan nombor bertuah tp aku tidak bernasib baik utk memilikinya...sebelum pulang,ibubapa diberi sebungkus nasi lemak & air mineral utk lunch..alahai,baik aku mkn nasi lemak buatanku di rumah...lagi sodap ! hehehe...
No comments:
Post a Comment