Inilah rupanya Kek Batik buatan Ochia,my doter ! Klau markah 10, aku bleh bagi dia 9 !!! Rupa ade, rasanya pun sedappppp !! Kira perfect dan mantop la for her 1st try... CONGRATULATION my dear !!!
Puncanya Ochia rajin nak buat Kek Batik ni sebab dia nak makan. Katanya lagi dia boring takde buat ape2 sepjg cuti sekolah sempena peperiksaan PMR. Lama gak Ochia cuti (10 hari) !! Aku ckp camane bleh boring...kan byk benda bleh buat such as buat revision utk final exam hujung bln ni...Dia bleh jwb lg : "Boring jgak klau asik blajar aje".....hmm,ntah la....anak2 skrg; lebih bijak berckp dari ibubapa mereka huhuhu......
Mmg aku sikit pun tak bantu Ochia dlm proses membuat Kek Batik ni. Dari mematahkan bskut Marie,masakkan coklat dan sampai la siap smuanya Ochia buat sdiri...Bravo bravo.....For info,Ochia ni klau bab2 dapur mmg dia suka sgt ! Tapi klau suruh mengemas rumah,menyapu dll jgn haraplah dia nak buat ! Mmg dia TAK SUKA !! Tapi klau terpaksa, aku tgk dia akan buat juga...
Saje aku nak share resepi Kek Batik ni kat sini utk sape2 yg ingin mencubanya. Mmg senang utk membuatnya :-
Bahan2nya :-
1/3 drpd sebuku butter yg 250 gram
1/2 cawan serbuk koko (tak kira la brand ape tp Ochia guna Vouchelle)
1 tin susu pekat
1 paket biskut marie (dipatah2kan)
1/2 cawan kacang tanah (yg telah dibakar & diblend kasar - sbg hiasan atasnya )
bekas utk letak kek batik yg telah siap nnt
Cara2 membuatnya :-
1. Cairkan butter dlm periuk. Bila dah cair masukkan serbuk koko dan kacau.
2. Kemudian baru masukkan susu. Kalau dimasukkan susu dahulu nanti ia akan berketul2 dan susah nak hancur. Kacau sehingga likat.
3. Bila ia dah mula mendidih sikit dan dah panas, tutup api & terus masukkan biskut marie yg telah dipatah2kan. Jgn masukkan kesemua terus,takut nanti biskut terlebih byk dari campuran koko,tak sedap pulak ! Gaulkan biskut marie dgn campuran koko sehingga semua biskut disalut.
4. Kemudian masukkan ke dlm acuan atau tupperware dan tekankan dgn sudip kayu ke....supaya ianya mampat dan rata. Klau nak, taburkan kacang di atasnya sbg hiasan. Ochia letak color rice.
5. Akhir sekali,sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk boleh la dipotong dan dihidangkan.
Note : Coklat mixture dia mmg melekat abis & bkn jenis yg lembik. Kalau potong then tak abis mkn dan biarkan pada room temperature pun dia still kukuh lagi. Utk hiasan,klau taknak guna kacang tanah atau coklat rice, boleh juga guna nestum atau cornflakes yg telah dihancurkan.
- SELAMAT MENCUBA -
APAM GULA HANGUS - 30/12/2016
7 years ago
No comments:
Post a Comment