Sunday, September 5, 2010

Ikan Bawal 5 rasa



hehehe...pernah dgr tak masak 5 rasa?? klau 3 rasa tu mmg biasa dgr kan?? tu la,ni resepi dr hubby's fren (org Perak). Ekceli dah lama dpt resepi ni and even aku dah pernah try pun buatnya,klau tak silap 3 bln lepas...tup tup,semlm(25 ramadhan) hubby requested suruh aku masak ikan 5 rasa ni..nasib baik la bhn2 smuanya ade...so,no problem la nak membuatnya hehehe...Ochia & Adik pun suka lauk ni..


Aku pernah tanya kat tuan punya resepi ni (Pn.Normah), knape nama dia 5 rasa?? coz bila aku taste,rasanya cuma ade 4 rasa aje hehehe (masin,masam,manis,pedas...)..kata Pn Normah lg,dia saje je bagi nama tu utk bagi kelainan...oo,itu macam ka Normah?? Tak kisah la,ape nama dia...yg penting sodappppppp yummy yummy...thanks ye sudi kongsi resepi ni dgn kita...


Bila aku share psl masakan ni kt FB,ramai la yg komen...seperti yg telah ku jangka,smua terkejut ade masakan 5 rasa !! setakat 3 rasa tu diaorg tau la hehehe...one of my fren, Puan Honey Basir commented (lps aku post the recipe)..baru la dia alert tp she call it as ikan sambal kering ! Hmm,macam2 nama boleh diberi kpd sesuatu masakan tu...janji ianya sedap dan boleh ditelan hehehe...


So,aku nak share lah resepi tu kat sini :-
Ikan Bawal 5 Rasa
Bahan A :
1 ekor ikan bawal putih/hitam (saiz sederhana besar)
Bahan B :
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar cili boh
Bahan C :
2 btg serai
2 helai daun limau purut
5 biji cili padi
3 ulas bwg merah (dihiris halus)
1 ulas bwg besar (dipotong dadu)
2 biji tomato (dipotong dadu)
1 biji cili merah (dipotong dadu)
3 sudu besar minyak
Bahan D :
5 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu besar sos cili
1/2 cawan air
garam dan gula secukup rasa
Cara2 membuatnya :-
1. Bersihkan ikan dan perap dgn bahan B.
2. Goreng ikan sehingga coklat keemasan dan garing. Letak di atas pinggan.
3. Panaskan 3 sudu besar minyak,tumis cili boh sehingga naik minyak. Kemudian masukkan semua bahan C. Tumis sehingga harum.
4. Tambahkan bahan D,gaul rata dan masak sehingga kuahnya pekat.
5. Selepas itu,tuangkan kuah pada ikan bawal yg telah digoreng tadi.
- SIAP - [Sedap dimkn dgn nasi panas ! ]

No comments:

Post a Comment