(pakcik berbaju melayu biru di majlis persandingan Finaz Mac 2008 yg lalu...last aku jumpa dia mase ni laa...)
Al-Fatihah....
tanggal 20 Mei 2009 bersamaan dgn 25 Jamadil Awal 1430 jam 9 pagi aku dikejutkan dgn berita pemergian ke rahmatullah pakcikku, Hj.Waropis Bin Saien(suami makcik-adik ayah)...beliau meninggal dunia akibat dari paru2 berair,buah pinggangnya yg tak berfungsi,kencing manis dan lemah jantung....doc mengklasifikasikan punca kematian sbg kegagalan dlm sistem perkumuhannya...pakcik menghembuskan nafas terakhirnya pd usia 65 thn di Hospital Tunku Jaafar,Seremban N.Sembilan...cuma anak sulungnya, Tarmizi yg berada di sisi nya tatkala dia tgh tenat...makcik n Ajun (anak keduanya) mase tu baru on the way nak gi hospital,manakala menantu2 & cucu2 masih di Melaka n Bangi...
menurut makcik & anak2nya, arwah pakcik dah lama sakit...tp since hari Jumaat 15 Mei 2009 sesak nafasnya makin teruk...puas dipujuk utk ke hospital tp arwah taknak...arwah kata dia nak berehat kat umah aje...katanya lagi kalau nak mati kat mane2 pun blh mati ! so,arwah ke farmasi beli ubat utk menahan sakitnya...
at last hari Isnin 18 Mei 2009 Ajun berjaya pujuk arwah utk ke hospital. memandangkan keadaan arwah yg agak lemah Ajun putuskan utk bawak ke hospital yg terdekat je iaitu Hospital Seremban....badan arwah tak blh terima ubat2 yg dimasukkan ke bdnnya dan akhirnya arwah trus dimasukkan ke CCU & di'koma'kan...di CCU segala macam wayar telah dipasangkan,termasuk juga alat sokongan pernafasan !
Selasa 19 Mei 2009, ayah n mama telah pergi melawat arwah di hospital...kata mama mmg teruk keadaan arwah mase tu...so,aku n hubby plan nak pegi hospital melawat arwah keesokan harinya which is hari Rabu 20 Mei coz tak sempat nak pergi ptg Selasa tu....
Rabu 20 Mei 2009, tgh bersiap2 nak pergi Hospital Seremban..tiba2 dpt news yg pakcik dah takde ! so, perjlnan kami ditunda ke kg Lenggeng je la....
Al-Fatihah buat arwah pakcik...semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama2 dgn golongan org2 yg beriman....AMINN !
NEW PJJ - BUKAN SEKADAR SANDWICH VOL. 2
3 years ago
No comments:
Post a Comment