Friday, March 19, 2010

Selamat Bertunang AIDIL & ROHANAH !

Alhamdulillah,Ahad lepas (14 Mac 2010) telah selamat berlangsungnya majlis pertunangan adik ipar lelakiku, AIDIL dgn buah hatinya, ANA ! Majlis diadakan di rumah abg Ana di Bdr Tun Hussein Onn, Cheras...Ana ni berasal dari Melaka..insya-allah majlis perkahwinan mereka nanti ke Melaka la kami...

Kami disambut dgn penuh mesra oleh ahli keluarga Ana..acara yg serba ringkas ini bermula jam 3 ptg. Selain cincin pertunangan kami membawa bersama kami 3 dulang iringan yg berupa kek & buah2an..sebenarnya pihak perempuan hanya meminta kami utk membawa cincin je tp takkan la cincin tu semata-mata...so MIL suruh aku dgn Kak Timah (my biras) prepare extra 2 brg...

Inilah brg2 hantaran dari pihak lelaki :-) hasil gubahan CIKDAH !

- sebentuk cincin - (duit saguhati RM5 tu last minute MIL nk bagi ! b4 pegi duit tu diselitkan dlm kotak cincin...tak cantik plak klau letak kt tepi mcm tu...)


- kek fondant coklat yg ku tempah dr my fren, Zura -

- pelbagai jenis buah2an -





Perbincangan yg ringkas tak sampai sejam ini berakhir dgn keputusan utk mengadakan majlis perkahwinan AIDIL & ANA insya-allah pada bln November ini, selepas Hari Raya Aidil Adha iaitu seminggu selepas cuti sekolah..



Kami telah dijamu dgn hidangan nasi lauk kampung, pelbagai kuih muih & buah2an...naik sebu juga perut kami hehehe....mana tak,sebelum pegi kami dah lunch kat umah Nyah. Kak Timah masak kari dalca n sayur kobis...ade rendang tok yg MIL bwk dari kampung..wlwpun dh kenyang,kami jamah juga la hidangan mereka tu...iye la,nanti tuan rumah kecik hati plak...

Nak balik tu, kami dibekalkan lagi dgn hidangan yg kami mkn tu...alhamdulillah,byknye mknan..


- Ini lah balasan yg kami terima dari pihak perempuan - (dulang tu kami punya,mereka guna bakul aje...)



















- sebakul buah2an & pelbagai coklat -










AIDIL happy majlis dah selesai...kek tu pemberian dari ANA..(tak sempat nk snap gambar kek,anak2 buah dah tak sabar2 nk mkn hehehe...)










No comments:

Post a Comment