
Tuesday, November 2, 2010
My toe injured !!!

Friday, October 29, 2010
AVOID PANADOL ???
Korang tau tak pasal citer PANADOL ni?? Aku pun tak pasti akan kesahihannya tp ape yg bleh aku jelaskan di sini adalah berdasarkan email yg aku dpt dari sorang teman via email....Korang bacalah sendiri article psl PANADOL ni yg aku copy and paste from my email....
-------------------------------------------------------------------------------------------------
[PANADOL is toxic to the body and it harms the liver. According to the doctor,the PANADOL will remain in the body for the last 5 years ! Consume lots of panadol can effect the kidney too !
Whenever we have a headache,that's because it is due to the electron/ion imbalance in the brain. Some alternative solution to cope in this matter is drink lots of water.
Another method will be to submerge your feet in a basin of warm water so that it brings the blood pressure down from your throbbing head. As PANADOL is a pain killer,the more PANADOL you take the lesser would be your threshold for pain (your endurance level for pain). We all will fall ill as we age.
Imagine that we had spent our entire life popping quite a substancial amount of PANADOL (pain killer) , when you need to have a surgery or operation, you will need a much more amount of general anaesthesia. If you have a very high intake of PANADOL throughout your life (migraine,menstrual cramps) it is very likely that normal general anesthetics will have no effects on you as your body is pumped/full with PANADOL and your body is so used to pain killer that you would need a much stronger pain killer, MORPHINE ???
Therefore,please don't take PANADOL always. Try for an alternative such as Herbal Medicines or others !! ]
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Hmmm....aku pun slalu gak telan panadol ni huhuhu.....looks like lepas ni kena slow down sket la intake nya...
Friday, October 22, 2010
Ujibakat KAMILAH BINTANG by Astro Ceria !!!

Sabtu & Ahad lepas (16/10/& 17/10/2010) telah berlangsungnya :-Ujibakat terakhir KAMILAH BINTANG (KB) 2010 di Quality Hotel Shah Alam bermula jam 10am - 6ptg. Lagu adalah bebas asalkan tidak menyentuh sensitiviti agama, keganasan, dan politik. Audisi menggunakan CD atau hanya vokal adalah bebas. Showcase KB bermula 12 tgh di Plaza Alam Sentral pada 16 Oktober dan berhibur bersama Bunkface, Hujan, Mawi, Shahir dan Ain AF!
Ochia ingin mencuba nasib. So,pagi Sabtu tu aku telah menemaninya pergi ke ujibakat tu...Kami tiba di Quality Hotel agak lewat juga (dalam pkul 10 pagi camtu...). Ekceli before that, kami telah ke Hentian Bas di Seksyen 17,Shah Alam utk hantar my bro,Ijam naik bas ke Kuala Nerang, Kedah ! Beliau ke sane atas urusan kerjanya...Hantar Ijam kjap je....yg buat lama tu sbb nak kena tunggu kedai gambar bukak. Ochia tak check dulu ape brg/dokumen yg diperlukan.Nasib baik la hubby terjumpa pamplet pasal audition ni di dlm newspaper Starnya hehehe....rupa2nya pihak Astro Ceria memerlukan 2 keping gambar, sekeping berukuran profil dan sekeping lagi gambar close up sampai paras pinggang !
Lepas dah isi borang dll maka dpt lah nombor giliran. So,nombor giliran Ochia is 539 !! Tu dia,dah 500 lebih permohonan padahal mase tu baru pkul 10 pagi. Ochia's fren, Mimi dpt nombor 541 !!

Tunggu punya tunggu, last2 dlm pkul 6 ptg barulah Ochia & Mimi dipanggil. Diaorg ni dipanggil batch by batch. Satu batch dlm 20 org camtu. When come to audition time, masuk sorang2 la..Ochia ckp dlm bilik audition tu cuma ade dia & 3 org juri aje (Cikgu Syafi AF,producer Astro & sorang ahli drpd kumpulan Kristal). Aku mmg tak tau lagu ape yg Ochia akan nyanyikan di depan juri coz dia taknak bagitau,infact she doesn't want to practise in front of me. Bila dah kluar dari audition room tu,baru la Ochia informed aku yg dia nyanyi lagu Gemilang from Jacquline Victor. Mak aii...lagu tu ke? kan susah nak bwk...tp nak buat camane klau dah peminat Jacquline Victor tu,Ochia try jugak la bawak lagu feveret dia tu...Mimi plak,nyanyi lagu English (Without you-lagu sape ntah,aku pun dah lupa hehehe)....punyalah lama tunggu turn, tp Ochia ckp bila kt dlm audition room tu nyanyi tak sampai 5 minit huhuhu....nak buat macamane,itulah ujibakat namanya....
For info, short listed cuma 6 org je...& the result will only be out on 12/11/2010. Ochia ckp kat aku rasa2nya dia tak dpt sbb mase nyanyi dpn juri dia menggigil & suara dia pun menggeletar...hmm,pulak dah. Takpe la, yg penting Ochia ckp dgn mama Ochia nk experience camane audition tu.....so,don't give-up ok. Insya-allah,cuba lagi di peluang yg lain....
Wednesday, October 20, 2010
Motor regulator
Jeng....jeng...jeng...sure korang terkejut tgk gambar di atas kan?? Apalah benda ini agaknya ekk??Inilah dia "Window Motor Regulator" utk Gen 2 ! Last week (13/10/10 - before buat "clock spring") power window keretaku not functioning ! It's on the left side of the passenger's front door. Puas aku turun naikkan tingkap tu tp hampeh....Last2 aku walk-in je kt Proton nearby my house. Check punya check,rupa2nya motor regulatornya dah 'kong' huhuhu.... nasib baik la ade stock spare part ni so bleh la trus ganti. Klau tak,kena menunggu le jawabnya....Kat Proton ni,klau dah kena tunggu boleh tahan juga lamanya huhuhu.......
Hmm.....kereta kalau dah 5 tahun, mulalah nak meragam huhuhu....harap2 lepas ni takde la lagi major parts yg buat hal...
My GEN 2 is in the list.....!!!
Tu dia !! Pada 7 Oktober 2010, syarikat otomobil Proton telah mengumumkan utk menarik balik kereta keluaran syarikatnya iaitu Gen 2 & Neo keluaran 2004 hingga 2008 ! Ini adalah disebabkan kerosakan yang telah dikesan pada komponen 'clock spring' pada kedua2 kereta tersebut (as per newspaper cutting above).Ini bermakna my car is in the list ! Iye la, aku dah 5 tahun balik M'sia....meaning keretaku pun dah 5 tahun la umurnya hehehe....blom sempat aku nak buat appointment dgn Proton,tup tup last week (13/10/10) pihak Proton called suruh aku antar keretaku ke Proton Servis Centre kat Bkt Tinggi. Diaorg suruh dtg 19/10/10 ! When i checked my calendar,i'm free. So, immediately aku memberikan persetujuanku utk dtg pada 19 hb tu jam 8 pagi ! Mmg branch kt Bkt Tinggi tu is appointed by Proton HQ to do the defect. Elok pun coz dkt je dgn rumah aku,instead nak ke Highway Kesas tu, jauh sket laa....
Seperti yg korang baca info pasal kerosakkan pada 'clock spring' ni (refer above klau korang blom pernah baca lagi).....it is a serius defect,whereby ia boleh menjejaskan keselamatan pemandu ! Fuh ! Nasib baik la sepjg 5 tahun aku drive keta aku ni takde ape2 kemalangan yg berlaku. Syukur alhamdulillah !!'Clock Spring' nama defect yg Proton dpt detect pada kereta Gen 2 & Neo. Ia adalah lingkaran penyambung elektrik agar elektrik tidak terputus yg membolehkan arus elektrik mengalir di antara beg udara (air bag),hon,peralatan dan sistem elektrik kenderaan ketika stering dipusing. Komponen ini terletak diantara stering dgn btg stering. (diagram as per newspaper cutting above)
Ia juga menyambungkan beberapa suis kepada kawalan 'cruise' (jgn main2, keta aku ade cruise tau hehehe dan aku pernah drive guna cruise ni mase aku pegi Pasir Putih,Kelantan tahun 2006. Lepas tu sistem cruise aku ni asik on off on off je....bila recall balik, patut la not functioning...rupa2nya ade masalah lain. Aku ingatkan keta aku je yg cruisenya not functioning. Pernah komplen kat Proton tp as usual diaorg ckp sbb aku jarang guna..iye la tu,tgk skrg ape sudah jadik??? huhuhu)
So,semlm (19/10/10) seharian ketaku masuk bengkel (8 pagi - 4 ptg)....mase kt bangkel tu,sempat la aku n hubby borak2 dgn mechanic yg in-charge utk tukar 'clock spring' ni....rupa2nya pernah ade kejadian yg tak diingini telah berlaku akibat dari defect ni. Kata mechanic tu lagi, ade 3 accident yg telah berlaku :-
1. Air bag (beg udara) meletup dgn sendirinya.
2. Kereta terbakar semasa bergerak
3. Stering kereta bergegar dgn kuatnya apabila lori atau lain2 kenderaan besar lalu bersebelahan dgn Gen @ @ Neo !! (especially kat highway)
Tapi, kat newspapers just tulis 'accident2' yg ringan2 je such as : hon akan berbunyi atau lampu kereta terpasang dengan sendiri, kerosakan suis kawalan audio dan bunyi geseran dlm stering. Satu incident je yg diaorg honestly declared to the public is about the air bag. Mmg Proton mengaku yg pelepasan beg udara di bahagian pemandu boleh terjadi.
Alhamdulillah, keretaku telah selamat menjalani penukaran 'Clock Spring' yg baru,of course tanpa sebarang pembayaran !
TERIMA KASIH, PROTON !!!
Demam la pulak !!!
Salam....
Apa khabar smua?? Harap2 sihat la ye...Aku je yg tak sihat ! Tu la....hari tu lepas posted my last entry pasal Kek Batik, ingatnya dapatlah aku nak meng update blogku dgn pelbagai citer yg pending utk dikongsikan dgn korang. Dah semangat dah....tapi biasa la,ade je 'dugaan & halangan' yg melanda huhuhu...
'Dugaan' before the weekend is keretaku masuk workshop sbb power window not functioning !!! (Nnt aku ceritakan in my next entry,insya-allah....) During the weekend, Adik plak demam !!! Aduh duh....
Adik start demam pagi Ahad,17/10/10...tinggi temperature dia (39 degree) ! Immediately,after breakfast aku & hubby bwk Adik gi klinik. Check punya check, doc ckp Adik ade sore throat ! Hmm,patut pun demam....Adik ni,history dia klau dah ade sore throat sure akan demam. So,apalagi...doc trus la start him with antibiotik+ubat demam(panadol)+ubat selsema...mase tu blom batuk lagi....
Reaching the 3rd day of fever (19/10), temperature Adik still swinging lagi....up n down, 38-39 degree ! Eeii...degil btul temperature ni tak nak turun.....Dpt MC cuma satu hari je (Isnin,18/10). Nak tak nak, aku terpaksa repeat lagi pegi klinik coz Adik pun dah start batuk !!
This time doc confirmed kan yg Adik viral fever. Aku pun dah agak dah coz temperaturenya yg swinging tu...hmm,klau viral fever,sudah semestinya 4,5 hari baru nak kebah demamnya huhuhu.....So,doc pun extended MC to 2 more days till today, Rabu 20/10/10 ! Harap2 hari Khamis Adik dah bleh pegi sekolah laa....risau la aku,lagi2 nak final exam next week ! Doc pun dah warning klau 3 hari lg (by Friday,22/10) Adik masih demam jugak lagi, Adik diarahkan utk gi amik darah & buat x-ray ! Alahai,ni yg aku tak suka nak dengar ni....but i have no choice if really Adik need to do all the tests, I'm willing....memandangkan bermacam2 penyakit 'wujud' pada zaman skrg ni huhuhu...hmm,mlm harinya badan aku plak dah rasa seram sejuk mcm nak demam ! Cepat2 aku telan panadol 2 biji,dgn harapan supaya demam pergi jauh dariku huhuhu....
Alhamdulillah....semasa entry ini ditulis, demam Adik dah mulai kebah (37.5 degree). Didoakan semoga Adik cepat sembuh dan boleh pegi ke sekolah semula. Sebenarnya aku yg terlebih risau disebabkan minggu depan adalah final exam utk Adik dan juga Ochia !!!
CEPAT SEMBUH YE ANAKKU !
Tuesday, October 12, 2010
KEK BATIK - Ochia's 1st try.....
Inilah rupanya Kek Batik buatan Ochia,my doter ! Klau markah 10, aku bleh bagi dia 9 !!! Rupa ade, rasanya pun sedappppp !! Kira perfect dan mantop la for her 1st try... CONGRATULATION my dear !!!Puncanya Ochia rajin nak buat Kek Batik ni sebab dia nak makan. Katanya lagi dia boring takde buat ape2 sepjg cuti sekolah sempena peperiksaan PMR. Lama gak Ochia cuti (10 hari) !! Aku ckp camane bleh boring...kan byk benda bleh buat such as buat revision utk final exam hujung bln ni...Dia bleh jwb lg : "Boring jgak klau asik blajar aje".....hmm,ntah la....anak2 skrg; lebih bijak berckp dari ibubapa mereka huhuhu......
Mmg aku sikit pun tak bantu Ochia dlm proses membuat Kek Batik ni. Dari mematahkan bskut Marie,masakkan coklat dan sampai la siap smuanya Ochia buat sdiri...Bravo bravo.....For info,Ochia ni klau bab2 dapur mmg dia suka sgt ! Tapi klau suruh mengemas rumah,menyapu dll jgn haraplah dia nak buat ! Mmg dia TAK SUKA !! Tapi klau terpaksa, aku tgk dia akan buat juga...
Saje aku nak share resepi Kek Batik ni kat sini utk sape2 yg ingin mencubanya. Mmg senang utk membuatnya :-
Bahan2nya :-
1/3 drpd sebuku butter yg 250 gram
1/2 cawan serbuk koko (tak kira la brand ape tp Ochia guna Vouchelle)
1 tin susu pekat
1 paket biskut marie (dipatah2kan)
1/2 cawan kacang tanah (yg telah dibakar & diblend kasar - sbg hiasan atasnya )
bekas utk letak kek batik yg telah siap nnt
Cara2 membuatnya :-
1. Cairkan butter dlm periuk. Bila dah cair masukkan serbuk koko dan kacau.
2. Kemudian baru masukkan susu. Kalau dimasukkan susu dahulu nanti ia akan berketul2 dan susah nak hancur. Kacau sehingga likat.
3. Bila ia dah mula mendidih sikit dan dah panas, tutup api & terus masukkan biskut marie yg telah dipatah2kan. Jgn masukkan kesemua terus,takut nanti biskut terlebih byk dari campuran koko,tak sedap pulak ! Gaulkan biskut marie dgn campuran koko sehingga semua biskut disalut.
4. Kemudian masukkan ke dlm acuan atau tupperware dan tekankan dgn sudip kayu ke....supaya ianya mampat dan rata. Klau nak, taburkan kacang di atasnya sbg hiasan. Ochia letak color rice.
5. Akhir sekali,sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk boleh la dipotong dan dihidangkan.
Note : Coklat mixture dia mmg melekat abis & bkn jenis yg lembik. Kalau potong then tak abis mkn dan biarkan pada room temperature pun dia still kukuh lagi. Utk hiasan,klau taknak guna kacang tanah atau coklat rice, boleh juga guna nestum atau cornflakes yg telah dihancurkan.
- SELAMAT MENCUBA -


