Friday, October 29, 2010

AVOID PANADOL ???

Korang tau tak pasal citer PANADOL ni?? Aku pun tak pasti akan kesahihannya tp ape yg bleh aku jelaskan di sini adalah berdasarkan email yg aku dpt dari sorang teman via email....



Korang bacalah sendiri article psl PANADOL ni yg aku copy and paste from my email....


-------------------------------------------------------------------------------------------------

[PANADOL is toxic to the body and it harms the liver. According to the doctor,the PANADOL will remain in the body for the last 5 years ! Consume lots of panadol can effect the kidney too !

Whenever we have a headache,that's because it is due to the electron/ion imbalance in the brain. Some alternative solution to cope in this matter is drink lots of water.

Another method will be to submerge your feet in a basin of warm water so that it brings the blood pressure down from your throbbing head. As PANADOL is a pain killer,the more PANADOL you take the lesser would be your threshold for pain (your endurance level for pain). We all will fall ill as we age.

Imagine that we had spent our entire life popping quite a substancial amount of PANADOL (pain killer) , when you need to have a surgery or operation, you will need a much more amount of general anaesthesia. If you have a very high intake of PANADOL throughout your life (migraine,menstrual cramps) it is very likely that normal general anesthetics will have no effects on you as your body is pumped/full with PANADOL and your body is so used to pain killer that you would need a much stronger pain killer, MORPHINE ???

Therefore,please don't take PANADOL always. Try for an alternative such as Herbal Medicines or others !! ]

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Hmmm....aku pun slalu gak telan panadol ni huhuhu.....looks like lepas ni kena slow down sket la intake nya...


Friday, October 22, 2010

Ujibakat KAMILAH BINTANG by Astro Ceria !!!


Sabtu & Ahad lepas (16/10/& 17/10/2010) telah berlangsungnya :-

Ujibakat terakhir KAMILAH BINTANG (KB) 2010 di Quality Hotel Shah Alam bermula jam 10am - 6ptg. Lagu adalah bebas asalkan tidak menyentuh sensitiviti agama, keganasan, dan politik. Audisi menggunakan CD atau hanya vokal adalah bebas. Showcase KB bermula 12 tgh di Plaza Alam Sentral pada 16 Oktober dan berhibur bersama Bunkface, Hujan, Mawi, Shahir dan Ain AF!

Ochia ingin mencuba nasib. So,pagi Sabtu tu aku telah menemaninya pergi ke ujibakat tu...Kami tiba di Quality Hotel agak lewat juga (dalam pkul 10 pagi camtu...). Ekceli before that, kami telah ke Hentian Bas di Seksyen 17,Shah Alam utk hantar my bro,Ijam naik bas ke Kuala Nerang, Kedah ! Beliau ke sane atas urusan kerjanya...Hantar Ijam kjap je....yg buat lama tu sbb nak kena tunggu kedai gambar bukak. Ochia tak check dulu ape brg/dokumen yg diperlukan.

Nasib baik la hubby terjumpa pamplet pasal audition ni di dlm newspaper Starnya hehehe....rupa2nya pihak Astro Ceria memerlukan 2 keping gambar, sekeping berukuran profil dan sekeping lagi gambar close up sampai paras pinggang !
Lepas dah isi borang dll maka dpt lah nombor giliran. So,nombor giliran Ochia is 539 !! Tu dia,dah 500 lebih permohonan padahal mase tu baru pkul 10 pagi. Ochia's fren, Mimi dpt nombor 541 !!



Tunggu punya tunggu, last2 dlm pkul 6 ptg barulah Ochia & Mimi dipanggil. Diaorg ni dipanggil batch by batch. Satu batch dlm 20 org camtu. When come to audition time, masuk sorang2 la..Ochia ckp dlm bilik audition tu cuma ade dia & 3 org juri aje (Cikgu Syafi AF,producer Astro & sorang ahli drpd kumpulan Kristal). Aku mmg tak tau lagu ape yg Ochia akan nyanyikan di depan juri coz dia taknak bagitau,infact she doesn't want to practise in front of me. Bila dah kluar dari audition room tu,baru la Ochia informed aku yg dia nyanyi lagu Gemilang from Jacquline Victor. Mak aii...lagu tu ke? kan susah nak bwk...tp nak buat camane klau dah peminat Jacquline Victor tu,Ochia try jugak la bawak lagu feveret dia tu...

Mimi plak,nyanyi lagu English (Without you-lagu sape ntah,aku pun dah lupa hehehe)....punyalah lama tunggu turn, tp Ochia ckp bila kt dlm audition room tu nyanyi tak sampai 5 minit huhuhu....nak buat macamane,itulah ujibakat namanya....

For info, short listed cuma 6 org je...& the result will only be out on 12/11/2010. Ochia ckp kat aku rasa2nya dia tak dpt sbb mase nyanyi dpn juri dia menggigil & suara dia pun menggeletar...hmm,pulak dah. Takpe la, yg penting Ochia ckp dgn mama Ochia nk experience camane audition tu.....so,don't give-up ok. Insya-allah,cuba lagi di peluang yg lain....

Wednesday, October 20, 2010

Motor regulator

Jeng....jeng...jeng...sure korang terkejut tgk gambar di atas kan?? Apalah benda ini agaknya ekk??

Inilah dia "Window Motor Regulator" utk Gen 2 ! Last week (13/10/10 - before buat "clock spring") power window keretaku not functioning ! It's on the left side of the passenger's front door. Puas aku turun naikkan tingkap tu tp hampeh....Last2 aku walk-in je kt Proton nearby my house. Check punya check,rupa2nya motor regulatornya dah 'kong' huhuhu.... nasib baik la ade stock spare part ni so bleh la trus ganti. Klau tak,kena menunggu le jawabnya....Kat Proton ni,klau dah kena tunggu boleh tahan juga lamanya huhuhu.......

Hmm.....kereta kalau dah 5 tahun, mulalah nak meragam huhuhu....harap2 lepas ni takde la lagi major parts yg buat hal...

My GEN 2 is in the list.....!!!

Tu dia !! Pada 7 Oktober 2010, syarikat otomobil Proton telah mengumumkan utk menarik balik kereta keluaran syarikatnya iaitu Gen 2 & Neo keluaran 2004 hingga 2008 ! Ini adalah disebabkan kerosakan yang telah dikesan pada komponen 'clock spring' pada kedua2 kereta tersebut (as per newspaper cutting above).

Ini bermakna my car is in the list ! Iye la, aku dah 5 tahun balik M'sia....meaning keretaku pun dah 5 tahun la umurnya hehehe....blom sempat aku nak buat appointment dgn Proton,tup tup last week (13/10/10) pihak Proton called suruh aku antar keretaku ke Proton Servis Centre kat Bkt Tinggi. Diaorg suruh dtg 19/10/10 ! When i checked my calendar,i'm free. So, immediately aku memberikan persetujuanku utk dtg pada 19 hb tu jam 8 pagi ! Mmg branch kt Bkt Tinggi tu is appointed by Proton HQ to do the defect. Elok pun coz dkt je dgn rumah aku,instead nak ke Highway Kesas tu, jauh sket laa....


Seperti yg korang baca info pasal kerosakkan pada 'clock spring' ni (refer above klau korang blom pernah baca lagi).....it is a serius defect,whereby ia boleh menjejaskan keselamatan pemandu ! Fuh ! Nasib baik la sepjg 5 tahun aku drive keta aku ni takde ape2 kemalangan yg berlaku. Syukur alhamdulillah !!

'Clock Spring' nama defect yg Proton dpt detect pada kereta Gen 2 & Neo. Ia adalah lingkaran penyambung elektrik agar elektrik tidak terputus yg membolehkan arus elektrik mengalir di antara beg udara (air bag),hon,peralatan dan sistem elektrik kenderaan ketika stering dipusing. Komponen ini terletak diantara stering dgn btg stering. (diagram as per newspaper cutting above)

Ia juga menyambungkan beberapa suis kepada kawalan 'cruise' (jgn main2, keta aku ade cruise tau hehehe dan aku pernah drive guna cruise ni mase aku pegi Pasir Putih,Kelantan tahun 2006. Lepas tu sistem cruise aku ni asik on off on off je....bila recall balik, patut la not functioning...rupa2nya ade masalah lain. Aku ingatkan keta aku je yg cruisenya not functioning. Pernah komplen kat Proton tp as usual diaorg ckp sbb aku jarang guna..iye la tu,tgk skrg ape sudah jadik??? huhuhu)

So,semlm (19/10/10) seharian ketaku masuk bengkel (8 pagi - 4 ptg)....mase kt bangkel tu,sempat la aku n hubby borak2 dgn mechanic yg in-charge utk tukar 'clock spring' ni....rupa2nya pernah ade kejadian yg tak diingini telah berlaku akibat dari defect ni. Kata mechanic tu lagi, ade 3 accident yg telah berlaku :-

1. Air bag (beg udara) meletup dgn sendirinya.
2. Kereta terbakar semasa bergerak
3. Stering kereta bergegar dgn kuatnya apabila lori atau lain2 kenderaan besar lalu bersebelahan dgn Gen @ @ Neo !! (especially kat highway)

Tapi, kat newspapers just tulis 'accident2' yg ringan2 je such as : hon akan berbunyi atau lampu kereta terpasang dengan sendiri, kerosakan suis kawalan audio dan bunyi geseran dlm stering. Satu incident je yg diaorg honestly declared to the public is about the air bag. Mmg Proton mengaku yg pelepasan beg udara di bahagian pemandu boleh terjadi.

Alhamdulillah, keretaku telah selamat menjalani penukaran 'Clock Spring' yg baru,of course tanpa sebarang pembayaran !


TERIMA KASIH, PROTON !!!

Demam la pulak !!!

- @ clinic, 17/10/10 : tgh tunggu turn nk jumpa doctor -

Salam....

Apa khabar smua?? Harap2 sihat la ye...Aku je yg tak sihat ! Tu la....hari tu lepas posted my last entry pasal Kek Batik, ingatnya dapatlah aku nak meng update blogku dgn pelbagai citer yg pending utk dikongsikan dgn korang. Dah semangat dah....tapi biasa la,ade je 'dugaan & halangan' yg melanda huhuhu...

'Dugaan' before the weekend is keretaku masuk workshop sbb power window not functioning !!! (Nnt aku ceritakan in my next entry,insya-allah....) During the weekend, Adik plak demam !!! Aduh duh....

Adik start demam pagi Ahad,17/10/10...tinggi temperature dia (39 degree) ! Immediately,after breakfast aku & hubby bwk Adik gi klinik. Check punya check, doc ckp Adik ade sore throat ! Hmm,patut pun demam....Adik ni,history dia klau dah ade sore throat sure akan demam. So,apalagi...doc trus la start him with antibiotik+ubat demam(panadol)+ubat selsema...mase tu blom batuk lagi....

Reaching the 3rd day of fever (19/10), temperature Adik still swinging lagi....up n down, 38-39 degree ! Eeii...degil btul temperature ni tak nak turun.....Dpt MC cuma satu hari je (Isnin,18/10). Nak tak nak, aku terpaksa repeat lagi pegi klinik coz Adik pun dah start batuk !!

This time doc confirmed kan yg Adik viral fever. Aku pun dah agak dah coz temperaturenya yg swinging tu...hmm,klau viral fever,sudah semestinya 4,5 hari baru nak kebah demamnya huhuhu.....So,doc pun extended MC to 2 more days till today, Rabu 20/10/10 ! Harap2 hari Khamis Adik dah bleh pegi sekolah laa....risau la aku,lagi2 nak final exam next week ! Doc pun dah warning klau 3 hari lg (by Friday,22/10) Adik masih demam jugak lagi, Adik diarahkan utk gi amik darah & buat x-ray ! Alahai,ni yg aku tak suka nak dengar ni....but i have no choice if really Adik need to do all the tests, I'm willing....memandangkan bermacam2 penyakit 'wujud' pada zaman skrg ni huhuhu...hmm,mlm harinya badan aku plak dah rasa seram sejuk mcm nak demam ! Cepat2 aku telan panadol 2 biji,dgn harapan supaya demam pergi jauh dariku huhuhu....

Alhamdulillah....semasa entry ini ditulis, demam Adik dah mulai kebah (37.5 degree). Didoakan semoga Adik cepat sembuh dan boleh pegi ke sekolah semula. Sebenarnya aku yg terlebih risau disebabkan minggu depan adalah final exam utk Adik dan juga Ochia !!!


CEPAT SEMBUH YE ANAKKU !

Tuesday, October 12, 2010

KEK BATIK - Ochia's 1st try.....

Inilah rupanya Kek Batik buatan Ochia,my doter ! Klau markah 10, aku bleh bagi dia 9 !!! Rupa ade, rasanya pun sedappppp !! Kira perfect dan mantop la for her 1st try... CONGRATULATION my dear !!!

Puncanya Ochia rajin nak buat Kek Batik ni sebab dia nak makan. Katanya lagi dia boring takde buat ape2 sepjg cuti sekolah sempena peperiksaan PMR. Lama gak Ochia cuti (10 hari) !! Aku ckp camane bleh boring...kan byk benda bleh buat such as buat revision utk final exam hujung bln ni...Dia bleh jwb lg : "Boring jgak klau asik blajar aje".....hmm,ntah la....anak2 skrg; lebih bijak berckp dari ibubapa mereka huhuhu......

Mmg aku sikit pun tak bantu Ochia dlm proses membuat Kek Batik ni. Dari mematahkan bskut Marie,masakkan coklat dan sampai la siap smuanya Ochia buat sdiri...Bravo bravo.....For info,Ochia ni klau bab2 dapur mmg dia suka sgt ! Tapi klau suruh mengemas rumah,menyapu dll jgn haraplah dia nak buat ! Mmg dia TAK SUKA !! Tapi klau terpaksa, aku tgk dia akan buat juga...

Saje aku nak share resepi Kek Batik ni kat sini utk sape2 yg ingin mencubanya. Mmg senang utk membuatnya :-

Bahan2nya :-

1/3 drpd sebuku butter yg 250 gram
1/2 cawan serbuk koko (tak kira la brand ape tp Ochia guna Vouchelle)
1 tin susu pekat
1 paket biskut marie (dipatah2kan)
1/2 cawan kacang tanah (yg telah dibakar & diblend kasar - sbg hiasan atasnya )
bekas utk letak kek batik yg telah siap nnt

Cara2 membuatnya :-

1. Cairkan butter dlm periuk. Bila dah cair masukkan serbuk koko dan kacau.

2. Kemudian baru masukkan susu. Kalau dimasukkan susu dahulu nanti ia akan berketul2 dan susah nak hancur. Kacau sehingga likat.

3. Bila ia dah mula mendidih sikit dan dah panas, tutup api & terus masukkan biskut marie yg telah dipatah2kan. Jgn masukkan kesemua terus,takut nanti biskut terlebih byk dari campuran koko,tak sedap pulak ! Gaulkan biskut marie dgn campuran koko sehingga semua biskut disalut.

4. Kemudian masukkan ke dlm acuan atau tupperware dan tekankan dgn sudip kayu ke....supaya ianya mampat dan rata. Klau nak, taburkan kacang di atasnya sbg hiasan. Ochia letak color rice.

5. Akhir sekali,sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk boleh la dipotong dan dihidangkan.

Note : Coklat mixture dia mmg melekat abis & bkn jenis yg lembik. Kalau potong then tak abis mkn dan biarkan pada room temperature pun dia still kukuh lagi. Utk hiasan,klau taknak guna kacang tanah atau coklat rice, boleh juga guna nestum atau cornflakes yg telah dihancurkan.


- SELAMAT MENCUBA -

Hanger Tudung


Sejak dah byk collection aku pada tudung ber awning ni, tiba2 dtg masalah nak menyimpannya hehehe...klau tudung bawal yg biase tu or tudung2 lain yg tak ber awning, cara simpannya lepas basuh dan gosok, letak kat hanger dan sangkut dlm almari baju. Tapi bila aku buat cara yg sama utk tudung2 awningku, sah2 awningnya akan klep pet pot (hahaha,bahasa aku tu...yg bermaksud renyuk,komot...) Bila nak pkai jenuh la btul2kan awning tu dgn tgnku ini huhuhu.....

Ekceli,dah lama dah aku nampak hanger utk tudung sebegini...nampak kat mane lg klau bkn kt facebook !! Ramai yg dah jadi peniaga kat facebook tu hehehe....For info, aku ni fan tudung online kt facebook tu....itupun my sis,Finaz yg suggest kan....lama gak aku usha2 hanger ni. tudung online jual RM25/piece, with 28 holes...aku pun tak pasti samada mahal atau murah harga tu....

Nak puaskan hati,aku pun pergi la ke Tesco, Bkt Tinggi. Kat Tesco pun ade gak org jual tudung tapi aku tak perasan plak samada diaorg ade jual aksesori mcm hanger ni...So,aku pun singgah la kat booth tudung Zura yg kat ground floor Tesco. Mmg aku ni pelanggan tetap si Zura,penjual tudung tu hehehe...bila aku tanya,rupa2nya Zura ni takde jual aksesori tudung. Dia cuma jual tudung & selendang je..tapi katanya klau aku berminat dia bleh tlg order kan...

Later,aku pun beralih ke Tingkat 1,Tesco. Aku tak pernah pun beli tudung kat sini tapi aku perasan stall ni ade tergantung hanger tudung yg bulat2 tu....so,aku pun bertanya la ape yg ptut kat si penjual. Sah la, mmg utk dijual hanger tudung tu...harganya sama mcm yg tudung online jual ! Hmm,klau harganya sama,baik beli je coz klau beli melalui tudung online tu kena tambah duit postage (RM6 klau tak silap aku). Aku balik dulu, tak terus beli dgn niat insya-allah 4,5 hari lg baru la nak beli....

Tup tup....2 hari lepas tu aku terbaca kat facebook Finaz ade org tagged dia under the name : Multipurpose Hanger ! Ade photo hanger tudung yg aku nak tu....tapi yg ni lg murah; RM20...lubangnya sama 28 lubang !! uisshhh, ade lg murah rupanya. Mcm ni aku kena survey2 lagi hehehe....alamat Multipurpose Hanger ni kat Teluk Pulai,Klang rupanya..dan yg paling mengejutkan rupa2nya ownernya adalah kawan Finaz (junior mase kat mane ntah...). Norma namanya...tertulis kat situ klau beli 3 free postage. Hmm,buat ape nak postage2 klau aku bleh jumpa dia kat mane2 di Klang ni lg senang. Nak dijadikan citer, Finaz dan Mama pun interested to have it. Ok la, aku terus order 3 sekaligus hehehe....


Inilah dia hanger tudung yg aku sebut2 tu...dia ade byk color tp aku pilih color ni. Aku jumpa Norma ni kat Dewan Hamzah,MPK Klang. Pagi2 dah buat appointment nk jumpa, Norma pun agreed sbb mmg time tu dia nak gi keje dan dia juga akan melalui jln Dewan Hamzah tu....At last, harga hanger tu jadi RM19 ! Kira diskaun RM1 laa......


Sampai je rumah,dgn excitednya aku terus testing letak smua tudung2 awning aku kat hanger ni...wah ! dah mcm butik plak bilik aku jadinya hehehe.....iye la,bila dah tergantung kemas dan rapi mcm penjual tudung pun ade gak hehehe.....

Tapi,aku rasa terkilan gak bila kat Pasar Borong GM @ Bandar Botanic hanger yg sama dijual dgn harga RM15 !!! uwaaaaaaaaa....

Saturday, October 9, 2010

Alhamdulillah.....Ochia passed !!!

Salam.....

Firstly,sori for being silent dari meng update blogku ini !! Kesibukan mengatasi segalanya huhuhu....Hmm, kira entry2 yg bakal ku update ni kira dah a bit 'basi' lah uwaaaa....tak kisah la kan,janji aku ade citer2 yg hendak ku kongsikan dgn kalian kt sini hehehe.....So,happy reading & enjoy all the pictures....

U all ingat lg tak kat earlier entry aku : 1st attempt ??? Hah ! Last 2 weeks the result already out. Alhamdulillah, Ochia passed with merit !!! Merit means passed with an average mark (124/150)...Ekceli, Ochia target to pass with distinction mcm teori exam dia last year tp nak buat mcmana on the exam day hari tu, Ochia a bit nervous at the beginning stage i.e. meeting with the examiner huhuhu). Infact, Ochia did tell me about this...("Ma, Ochia takut la...mase berkenalan dgn examiner yg dr Kanada tu, ade 2,3 soklan dia yg Ochia x boleh nk jwb sebabkan slang Kanada dia.....bila start je tekan keyboard, dia ade ckp something but again Ochia mcm konfius nk jwb ape")....lebih kurang camtu la dialog Ochia dgnku immediately kluar dari exam hall tempohari .

Aku tak biarkan Ochia feel down,instead mcm2 nasihat aku berikan utknya supaya dia tak give-up !!! Ok,back to the result...Ochia managed to get 124 marks (merit). Full mark is 150, dinstinction 130 marks & passing mark is 100. Kira ok la 124 tu kan ??? Tapi biase la, sape2 pun akan rasa tidak puas hati klau target ia tidak mengena....

Ochia hilang byk markah kat scales ! As korang tgk kt picture above ape yg examiner tu tulis, aku tulis balik kt sini :

1. " You have a grasp of tonality but the scales were very cautions and uneven in tone,as were the arpeggios and broken had ! " (13 marks out of 21)

2. " This started well but you hesitated towards the end. Mainly accurate notes ! (14 marks out of 21 )

It's ok,my girl....not too sad ok. U have many more chances in ur next coming exams.....anyhow,u already passed !!! CONGRATULATION !!!


ALL THE BEST, OCHIA !! WE WILL ALWAYS SUPPORT U !!!

muahhhhhhhhhh