....lagi citer pasal kawan lama..... :))
Kawanku ni yg ku panggil Kak Faizah adalah pengapitku mase aku kawen 16 tahun yg lalu....suaminya (En. Azhar) juga jadi pengapit for my hubby hehehe...kira laki bini la jadi pengapit ! Kami mula kenal bila aku mula kenal hubby aku jugak...kebetulan hubby & Azhar ni housemates. Diaorg stay kat Taman Sri Muda, Shah Alam...hubby sewa bilik kat rumah diaorg tu...bila dating dgn hubby, diaorg ni sure akan join kami...seronok dating ramai2 hehehe....
Baru2 ni dpt news dari Azhar yg Kak Faizah telah disahkan mengidap kanser payudara ! Aku tau pun agak terlambat iaitu selepas Kak Faizah menjalani pembedahan membuang sebelah kanan buah dadanya...Menurut Azhar, isterinya yg tak bagi bagitau sape2 kecuali keluarga rapat sahaja. Aku mengerti akan perasaan Kak Faizah ketika itu. Sesiapa pun yg menderita penyakit yg dipanggil kanser ni akan jadi hilang semangat utk hidup lagi....termasuk lah Kak Faizah... :-(
Aku sentiasa mendoakan agar Kak Faizah tabah menjalani kehidupannya yg sentiasa berulang-alik ke hospital utk mendptkan rawatan kimoterapi & radioterapi...dan semoga Kak Faizah akan sembuh seperti sediakala, insya-allah.....
p/s : 2 minggu lepas Azhar called to inform yg Kak Faizah dpt kanser otak pulak - stage 4 ! Ya-Allah ! Smoga Engkau berikan kesembuhan dan tabahkan hati Kak Faizah utk menghadapi dugaanMu Ya-Allah....amin.....
APAM GULA HANGUS - 30/12/2016
7 years ago
subhanallah...innalillah...semoga kawan you tabah mengharungi dugaan daripada Allah swt. Sesungguhnya setiap dugaan yang diturunkan disertakan dengan hikmah disebaliknya...mudah-mudahan dia tabah..InsyaAllah..
ReplyDelete