Saturday, February 27, 2010

Surah Al-Ikhlas...

Sbg peringatan buat diriku........

Keberkatan surah al-ikhlas :-

Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam , seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A..W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby ).

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama denganmembaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a..s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota :-

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:

(1) Sedekah/amal jariahnya,
(2) Doa anak-anaknya yang soleh dan
(3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. …

Wallahu a’lam

I love this !

...aku suka la dgn poem ni yg aku terima via email from my cousin, Kak Fadillah...
thanks kak !



Thursday, February 25, 2010

Thank you !

Rabu (24/2/10) Ochia & Adik resume their music classess...nak balik tu dpt CNY gift ni from their music teachers; teacher Shireen & teacher Jasslyn...

TQ teachers !




angpau??? takdak hehehehe.......


Monday, February 22, 2010

GONE BUT NEVER FORGOTTEN



Sudirman Haji Arshad -- a singer cum entertainer extraordinaire, a polished pearl in the Malaysian entertainment scene, and a precious product of the state of Pahang is, sadly, long gone. He died at 4.00 in the morning on the 22nd of February 1992, aged 37 stricken by a mysterious disease..18th years gone !



Sudirman was stricken with a disease that was more of the spiritual kind rather than physical. In the Malay world, such illness is believed to be generated through black magic or witch-craft by a bomoh. Modern medical and specialist doctors (including his medical doctor brother Dr. Ruslan) couldn’t remedy or find the source of his ailment.


It is said that during his illness, while under the care of his sister, Datin Radiah, he would scream every time the clock strikes twelve midnight.


And during those times, at his sister’s house, they would find some strange things like a dead rat or strips of colored papers and other unexplained items strewn into the house compound.


In the Malay world, the art of black magic is still alive although not as active as in the old days, and it is still possible to do misery to people.


These bad practices are done by those with dirty, uncivilised hearts, without faith in religion and who will only live to regret in later life.


But he lives in the hearts and memories of those who knew him, in his lively and delightful performances and in the beautiful songs he wrote and sang.


Every year during Hari Raya Aidil Fitri festival, we will hear his popular songs, "Balik Kampung" and "Dari Jauh Ku Pohon Maaf " on the radio and television, and sung and hummed by the young and old -- really everlasting favorites that characterize the happy go-lucky but sometimes sad persona of the singer himself.





- AL FATIHAH -









Happy Birthday to my best fren,SITI YASMIN !

Aku mmg suka dgn birthday2 nih hehehe...alhamdulillah,aku dikurniakan olehNya ingatan yg kuat dlm mengingati tarikh lahir org huhuhu...tak ketinggalan,hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran buat sahabat baikku, SITI YASMIN yg ke-42 thn !


TAHNIAH Min ! Smoga dirimu sentiasa beroleh kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat,dipjgkan umur dan dimurahkan rezeki slalu.....


Min berkongsi birthday dgn form teacher Ochia,Cikgu Salawati ! so Min,sudi2 la share custard cream puff ni ye hehehe...yg Ina order utk Cikgu Salawati dan dibawa oleh Ochia ke sekolah utk diserahkan kepada Cikgunya.


Selamat Hari Lahir ye cikgu...surprise for Cikgu at school today !!! (anak2 murid buat surprise party for u...& a handbag as a gift to u ! cream puff ni from Ainin..so,enjoyyyyyyyyyyy)







Sori Min,hanya kiriman di angin lalu je yg sempat ku kirimkan...klau dekat,for sure Min dpt menikmatinya (termasuk kuih keria hahaha)...hmm,insya-allah belated celebration bila kita jumpa nanti ok??




SELAMAT ULANGTAHUN KU UCAPKAN,
BUAT SAHABATKU SITI YASMIN ABDUL RANI,
SEMOGA DIRIKU INI DILUPA JANGAN,
AGAR PERSAHABATAN KEKAL ABADI.



KASTAD CREAM PUFF PENGGANTI DIRI,
HENDAK KU KIRIM JAUH SEKALI,
DIDOAKAN DIRIMU SELALU DIBERKATI,
PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI.








PIBG SK Batu Unjur,Klang.

Sabtu lepas (20/2/2010), sekolah Adik, Sek.Keb.Batu Unjur,Klang telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBGnya bg kali yg ke-6. Aku mcm biase akan tetap menghadirkan diri demi utk mengetahui perkembangan terkini & agenda2 berbangkit sekolah. Hubby as usual, kena keje kt Bukit Subang huhuhu...

Aku smp sekolah agak lewat iaitu abt pkul 9 pagi,di mane mesyuarat dijangka bermula jam 8 pagi ! Tp mase aku sampai tu, ia baru nak start,so kira aku tak lambat la hehehe...Mcmane tak lambat, siap masak nasi lemak lg utk breakfast kami sekeluarga..lagipun Adik taknak ikut gi sekolah,nak main game kat umah...so,sebelum tinggalkan umah, aku kena la prepare mkn minum etc...Ochia ikut hubby ke Bukit Subang,so Adik keseorangan la di rumah...aku tak risau sgt coz dia dah biase tinggal2 ni..lagipun dekat je sekolah dgn our house...

Mesyuarat sepatutnya dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah (PPD),Klang Puan Noraini tp telah diwakilkan kepada Tn Hj Abdul Rahman Isa, Penolong Pegawai Pelajaran,Bahagian Pembangunan Sekolah2....

Tiada byk isu berbangkit yg dibincangkan selain dari masalah tandas & kantin sekolah..Guru Besar memaklumkan yg keadaan tandas sekolah sudah kritikal & kantin juga tidak selamat ! Dana utk membaiki tandas tidak mencukupi, jd pihak sekolah telah mencadangkan utk mengadakan projek "DERMATHON" bagi mencukupkan dana sekolah dan cadangan itu telah dipersetujui ramai ! Kantin sementara telah dibina utk menggantikan kantin lama sementara menunggu kerja2 membaik pulih oleh pihak JKR...

Telah dicadangkan juga utk mengadakan kelas tambahan bagi murid2 Tahap 2 (Thn 4-6)..dgn itu Guru Besar telah mencadangkan yuran sebyk RM20 sebln..pihak sekolah memberitahu yg mereka terpaksa memulakan kelas tambahan awal bg murid2 Thn 4 & 5 sbg persiapan utk UPSR. Agak terlambat jika hendak dimulakan pada murid2 Thn 6 shj pd setiap awal tahun di mana murid2 cuma ade mase slama 8 bln shj sebelum UPSR...cadangan ini blom mendpt persetujuan lg...

Guru Besar juga memaklumkan yg Kerajaan telah memperkenalkan NKRA (National Key Result Area) atau Bidang Keberhasilan Utama yg merangkumi :-


(a) Pra Sekolah

(b) Literasi dan Numetasi (LINUS)

(c) Sekolah Berprestasi Tinggi

(d) Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah



Menurut Guru Besar, perkara2 tersebut di atas adalah penting utk memastikan bahawa menjelang 2012 tidak ada murid2 sekolah rendah yg tidak menguasai 3M (membaca,menulis & mengira). Ini bermakna bahawa murid mesti menguasai 3M selewat2nya di Tahun 3 ! So, Guru Besar meminta sokongan padu dari smua ibubapa,pihak sekolah & PIBG bagi menyahut cabaran kerajaan ini...

Mesyuarat ditangguhkan jam 12 tghari...ade cabutan nombor bertuah tp aku tidak bernasib baik utk memilikinya...sebelum pulang,ibubapa diberi sebungkus nasi lemak & air mineral utk lunch..alahai,baik aku mkn nasi lemak buatanku di rumah...lagi sodap ! hehehe...

Sunday, February 21, 2010

Movie time.....

Last Friday (19/2/2010) aku,anak2 & cikdah berpeluang tgk citer Adnan Sempit kat TGV AEON Jusco Bukit Tinggi,Klang.

Asalnya, tak pernah terdetik pun dlm hati aku nak tgk citer ni, tapi lepas aku baca paper kata sambutan dahsyat, collection dia dah menandingi citer Jangan Pandang Belakang, there must be something good about this film. Dengarnya collection on 1st Saturday tayangan dekat2 rm900 ribu....wow...utk local filem kira dahsyat tu....benda ni semua la yg buat aku tertarik nak tgk citer ni....plus, ader sikit masa terluang smlm, so aku pun layan la citer tu....

Mula2 aku dgr Adnan Sempit, film dari MiG, David Teo, Ahmad Idham pengarah dia, aku dah cam boleh agak la camna citer tu....pastu sebb pelakon dia Shaheizy Sam, buat aku tak berapa tertarik nak tgk.....cuma Intan Ladyana tu ader la faktor menarik sikit la...hehehe.... Persepsi awal aku, citer ni mesti ala2 citer Remp-it or Impak Maksima je, cuma dia buat dlm versi kelakar......

“I don’t want banana fruit two time.”

Itulah salah satu ayat dalam filem Adnan Sempit yang membuatkan panggung wayang menjadi huru hara dengan gelak ketawa para penonton. Memang ianya merupakan sebuah filem Melayu yang Wajib Tonton bagi tahun 2010 kerana dipenuhi dengan lawak jenaka yang pasti membuatkan penonton tidak kering gusi.

So, overall pada aku Adnan Sempit menghiburkan.....better than citer2 Senario, better than citer2 Prof. Razak.... boleh layan gelak la....ader part2 yg kelakar.....my fav part masa Adnan speaking english dlm bilik meeting.....citer yg sesuai utk release tension.....hiburan ringan yg bagus.... Tapi klu aku nak compare dgn citer2 Afdlin Shauki, aku still rasa citer Afdlin lagi best...... Kalau nak kasi bintang daripada 5 aku kasi 3 la.....

- sekian -