Saturday, December 18, 2010

Genap 13 tahun !!!




Tanggal 28 November 2010 tempohari, genaplah umur Ochia 13 tahun ! Plan asalnya nak 'bercuti' ke Melaka tapi atas sebab2 yg tak dpt dielakkan,'percutian' itu TERPAKSA dibatalkan ! So, mmg takde replacement for the earlier plan tu huhuhu....




Since anak2 buahku dtg bercuti kat rumahku, hubby plan for a cake cutting je..apalagi,klau dah namanya last minute plan,so cake pun last minute choice la...Aku mmg tak sempat nak jenguk2 ke kedai cake apalagi nak memilihnya sbb ipar duaiku yg kt Kuantan tu dtg bertandang ! Aku jadi sibuk di dapur...so Mr Hubby la yg pegi cari birthday cake Ochia. Dapatlah American Chocolate Cake from Bakers Cottage ! Sempat juga Mr.Hubby beli kuih muih. Haiihhh...byk pulak tu kuih yg dibelinya. Ade kuih lapis,abok2 sagu,cucur badak,kropok lekor,kasui etc....







All the kids enjoyed eating birthday cake Ochia...Aku pun tumpang happy la bila Ochia,Adik & anak2 saudaraku happy & enjoyed their days celebrating birthday Ochia yg tak seberapa tu at my house !!

Menjelang ptg ayah,mama & Ijam dtg. Mama siap bwk sandwich cake yg she baked herself. Mase Mama smpai tu,the cake was still hot, fresh from oven !!! Yummy yummy.....Utk tidak menghampakan Mama & Ayah, for the 2nd time Ochia pun potonglah her 2nd birthday cake ! Time tu, Ochia hanya ditemani Zulaikha,her cousin. Cousins2 yg lain dh kekenyangan mkn kek coklat yg sebelum tu hahaha...so,diaorg smua busy mengadap game PS 2 & 3 hohoho.....Thanks Zulaikha sbb dh temankan Ochia. Klau harapkan Ochia sorang,rasanya takkan dia nk act the same thing for the 2nd time !






Kedatangan Mama, Ayah & Ijam telah menyerikan lg 'majlis' Ochia yg tak seberapa tu...lagi2 dgn hadiah yg Ochia dpt hehehe....TQ Mama, Ayah & Ijam for the lovely presents. Ochia likes them very2 much !!! Thanks too to Ochia's frens, Afriena & Mimi for the gifts !!



- "dah besar dah cucu Atok ! Selamat Hari Lahir ye...." -


- Adik pun dpt hadiah juga dari Atok..."eeii,mana aci....."


- "Terima kasih byk Wan, for for this bracelet & the yummy yummy sandwich cake ! "




- $$$ from Atok Muaz -


- Hamutaro 'house' from myself, choice of Ochia ! (sama2 pegi beli hehehe) -


- nice mug from Ochia's old fren, Afriena Shaqira -



- yg ni from Mimi & her sister... -


- cantikkkk bangat ini blouse & kad ! TQ Ucu Finaz & family -


Alhamdulillah,Ochia dah 13 tahun skrg ! Tak sangka plak aku yg anak aku dah besar ! Ini bermakna aku pun dah semakin tua huhuhu....Apa2 pun aku bersyukur dgn kurniaanNya...
Smoga Ochia sentiasa berjaya di dlm apa juga bidang yg diceburinya,menjadi anak kebanggaan keluarga & anak yg soleha di dunia & akhirat. Amin....


Thursday, December 16, 2010

Salam Asyura - 10 Muharram 1432 ( 16 Disember 2010 )

Hari Asyura merupakan salah satu hari yg diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal dari perkataan Arab Asyara yg bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari ke sepuluh di dlm kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.


Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan byk sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para Nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yg diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.


Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram :-

- hari pertama Allah menciptakan alam.
- hari pertama Allah menurunkan rahmat.
- hari pertama Allah menurunkan hujan.
- Allah menjadikan 'Arasy.
- Allah menjadikan Luh Mahfuz.
- Allah menjadikan Malaikat Jibrail.
- Nabi Adam a.s. dicipta.
- Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
- Nabi Isa a.s diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom utk menyalib baginda.
- Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yg besar.
- kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
- Allah menurunkan Kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.
- Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 mlm.
- Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
- Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
- Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya, Yusuf di hari tersebut.
- diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
- Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
- Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
- Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah merengkuk di dlmnya selama 7 tahun.
- diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama 6 bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.


Perkara2 sunat dilakukan pada hari Asyura :-

1. melapangkan masa / belanja anak dan isteri
2. memuliakan fakir miskin
3. menahan marah
4. menunjukkan jln yg lurus / membetuli org sesat atau org yg salah (terpesong akidah,tauhid dan akhlaknya)
5. menyapu / mengusap kepala anak yatim (menghormati/memuliakan mereka)
6. bersedekah
7. memelihara kehormatan diri
8. mandi sunat dgn lafaz niatnya : "Sahaja aku mandi sunat Hari Asyura kerana Allah Taala"
9. bercelak
10. membaca surah "Al-Ikhlas" hingga akhir 1000 kali
11. sembahyang sunat 4 rakaat dgn lafaz niat : "Sahaja aku sembahyang sunat Hari Asyura 4 rakaat kerana Allah Taala" (pada rakaat pertama dan kedua selepas Al-Fatihah dibaca Qulhuwallah sebelas kali )
12. menjamu org berbuka puasa
13. puasa sunat Asyura dgn niatnya : "Sahaja aku berpuasa esok hari Asyura kerana Allah Taala"



.....smoga diriku,keluargaku dan kawan2ku sekalian sentiasa dirahmati & diberkati Allah slalu....

AMIN !!!


(source credit to : wikipedia Bahasa Melayu)

Wednesday, December 8, 2010

New member...

Ingat lagi tak entry aku pasal singgah kat pet shop lepas balik dari bowling di Banting tempohari??

jeng...jeng...jeng....'benda' ni Ochia dpt on 22/11/10. That was on Monday. Ochia ade band practise kt sekolah. So,mcm biase tugasku menghantar Ochia ke sekolah before pkul 8 pagi ! Sampai aje kt sekolah, Ochia suruh aku tunggu sekejap coz ade kawan dia nak bagi something ! Aku pun tunggu la seperti yg diarahkan huhuhu.....

10 minit kemudian, Ochia & kwn dia Evonne dtg meluru ke arah ku dgn 'benda' ni.....



...nak tau apakah 'benda'nya ?? Agak2 ape ye....?? 'benda' ni mmg aku tak minat ! Tapi tu la...Ochia,Adik & En.Hubby minat sgt2....aku mmg tak layan dgn permintaan diaorg utk mendapatkan 'benda' ni huhuhu....tp ntah mcmane kwn sekelas Ochia, Teoh telah menghadiahkan Ochia 'benda' ni sempena birthday Ochia. It was an advance birthday gift gitu......


Tempat beradu 'benda' tu telah ditukarkan dgn yg ini.......(sbb bila dh letak toilet ia jadi sempit ! )



Tau tak apekah 'benda' itu??? Ksian korang penat meneka.....
TADAAAAAAAAAAA...................
our new member is mR. HaMuTarO !!! Yes, it is a HAMSTER !!! Male hamster !!! Ochia's new pet ! HaMuTarO in Japanese means : Hamster hehehe......

So,balik dari bowling hari tu kami gi beli Hamutaro's toilet & its bathing sand !
Macamane??? comel tak our new member ni??? Aku mmg tak pandai dlm mengendalikan binatang...jadi smua urusan pet ni under Ochia's supervision ! Aku hanya jadi tukang beli aje huhuhu....
Now,genap 17 hari Hamutaro dgn kami. Mase dpt tu umur dia baru 5 minggu...kiranya skrg dia dah berumur 7 minggu....dh nmpak 'debab' sket hehehe.....Ochia,Adik & En. Hubby mmg sayang kat Hamutaro ni...but for me, kira boleh la....buat teman gaduh hahaha.....


Nasi terlembik ???

Ape menu korang cuti semlm?? (cuti Maal Hijrah)... Sure masak special,maklum la hari cuti kan....;-)


Aku hari ni off dari memasak coz En.Hubby ajak mkn sushi huhuhu (although tekakku tak bleh telan.....pegi jgak la, tp aku mkn tempura...)


So,pernah tak bila masak nasi, nasi korang tu terlembik???



hahaha.....bkn diriku yg empunya nasi lembik ni tapi aku terbaca kt FB, my fren letak status dia :

"adoyaiiii, bengangnya aku hari ni ! tak penah2 masak nasik terlembik, hari ni plak ia bleh lembik huhuhu...."


Ksian kawanku tu....so,aku pun komen status dia dgn petua utk mengelak nasi lembik...petua ni aku dpt melalui pembacaan ku di FB Selera Emas Catering (one of the website penyediaan mknan & minuman {Katering} ) . I would like to share it with u all here....


Petuanya ialah masukkan 2 biji telur ayam yg telah direbus ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika. Hasilnya, nasi akan kering dgn sempurna.


To my fren, Ipah....cuba2 lah petua ni supaya nasi yg awk masak tu tak lembik lagi ye hehehe....
Good Luck !!!

Tuesday, December 7, 2010

Bowling @ Banting Superbowl

Aktiviti pertama utk cuti persekolahan 2010 ! (23 Nov 2010)....

Dah 17 hari bercuti,baru skrg sempat nak update aktiviti Ochia & Adik sepjg cuti sekolah ni. Ia bermula dgn bowling ;-)

Ekceli,tak plan pun nak gi sampai ke Banting utk main bowling. Mcm biase,klau nak main bowling ke Klang Parade la tempat tujuan kami. Ntah macamane,Ochia bagi cadangan utk ke Banting ! Mmg la aku tau kt Banting pun ade bowling alley...cuma aku tak brape nak pasti lokasi sebenar Banting Superbowl tu hehehe.....

Alhamdulillah,dgn bantuan En.Garmin kami pun selamat sampai di sini.......


Berbunga2 hati kami bila enter the alley. Mana tidaknya, boleh dikira jumlah org yg ade...kira tak crowded la...about 2 lanes occupied (our row) & another 4 lanes (next row) ! Yahoo....bestnya bila tak ramai camni hehehe....Akibat terlampau asyik berbowling sampai tak sedar sampai 4 games sorang kami main hohohoho......kami amik yg promotion package = RM10 utk 4 games !
Bila dah smpai frame yg ke-8, pegi tambah game....tambah dan tambah lagi....dan begitulah seterusnya hehehe....





Tgk score kami hehehe.....ekceli ni score for the last game, whereby aku tak main. It just between Ochia & Adik..ok kan score diaorg?? boleh la coz mmg dah lama aku tak bawak Ochia & Adik pegi training huhuhu....1st & 2nd line tu score Adik....3rd & 4th line tu, sape lagi...Ochia laa ;-)


Lepas berbowling, kami singgah lunch kat The Store, sebelah Banting Superbowl ni...carik punya carik tempat mkn...yg jumpa cuma KFC aje huhuhu....nak tak nak dan dah lapar punya pasal,masuk jugak la kami ke KFC tu....
On the way nak balik rumah, kami drop by kat several pet shops....looking for ??? (tunggu entry yg seterusnya *wink*.........)






Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432

Assalamualaikum kwn2.....

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432 buat smua !


Fadhilat membaca doa akhir tahun adalah brg siapa membaca doa ini dlm waktu tersebut (waktu akhir Asar) maka syaitan berkata : "Kesusahanlah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku dlm menggoda anak Adam (manusia) pada tahun ini".Maka dibinasakan lah dgn satu saat sahaja sbb membaca doa ini. Dan dosa-dosanya diampuni oleh Allah Taala dlm setahun ini.





Fadhilat membaca doa awal tahun ini (selesai mengerjakan solat Maghrib) adalah barangsiapa membacanya,maka Allah akan memberikan perlindungan dan pertolongannya dari segala mcm bencana dan godaan syaitan. Sehingga dlm tahun itu akan membawa perubahan,kebahagiaan dan ketenteraman lahir & batin. Allah juga mengutus dua malaikat yg slalu menyertainya, agar tidak terjerumus ke dlm tipu daya syaitan dan terhindar dari fitnahnya serta nafsu angkara murka yg dpt membawa kepada kehancuran dirinya...




Amin...amin....mudah2an dipermudahkan Allah segala urusanku dan kwn2 sekalian....diharap juga dpt memperoleh keberkatan dariNya !!!

Sunday, December 5, 2010

Hari Kecemerlangan Adik !

Tanggal 15 November 2010 (Isnin), telah berlangsungnya Hari Anugerah Cemerlang sekolah Adik, Sekolah Kebangsaan Batu Unjur, Klang !


- posing dulu sebelum ke sekolah -


- buku program yg ade nombor bertuah : 117 tp tak menang pun -

Majlis bermula tepat jam 8:30 pagi tp aku,hubby & Ochia sampai lewat 15 minit ! Adatlah,klau dah dtg lambat, kami dpt duduk kat belakang la huhuhu...Majlis telah dirasmikan oleh Dato Dr Teh Kim Poo, wakil Pegawai Pendidikan Daerah,Klang.


Alhamdulillah, Adik cemerlang lagi ! 5 anugerah skali Adik sapu !
1. Kedudukan pertama dalam kelasnya - 4 Berlian (89.6%)
2. Mata pelajaran terbaik utk : BM (Penulisan), Matematik &Kajian Tempatan
3. Keseluruhan Terbaik utk Tahun 4


Anugerah Adik telah disampaikan oleh Tuan Haji Idris (Yang Dipertua PIBG,SKBU) & Encik Ayahvoo (Naib Yang Dipertua PIBG,SKBU)....


- bergambar kenangan dgn Teacher Juliana (gambar atas) -

- bersama Guru Kelas 4 Berlian, Puan Chan, Guru Besar SKBU, Encik Abdul Aziz & En.Ayahvoo (gambar bawah) -


- posing atas stage dgn trofi kemenangan -



Sebelum beransur pulang, Adik sempat bergambar dgn Cikgu Mas Eddayu. Dah susah skrg ni nk jumpa Cikgu Mas sbb Adik bersekolah sessi pagi....Cikgu Mas plak mengajar sekolah ptg huhuhu....so,dikesempatan Hari Anugerah Cemerlang tempohari, Adik tidak melepaskan peluang,ajak Cikgu Mas bergambar bersama wlwpun pada mulanya Cikgu Mas menolak...
Cikgu Mas ni pernah menjadi Guru Kelas Adik semasa Adik di dlm darjah 1 Berlian ! Terima kasih Cikgu di atas semua tunjuk ajar Cikgu utk Adik selama ini. Jasa Cikgu akan sentiasa kami kenang ! Cikgu Mas juga merupakan Bendahari PIBG sekolah Adik.
Dalam sibuk2 berposing tu, sempat juga Cikgu Mas menghulurkan kad jemputannya ! Iye,insya-allah Krismas ni ( 25 Dec 2010), Cikgu Mas akan menamatkan zaman bujangnya. Beriya-iya dia mengajak kami hadir ke majlisnya. Insya-allah,Cikgu.....klau takde aral, kami akan sampai !








Aku belanja Adik mkn KFC sempena meraikan kejayaannya ! ;-)


TO ADIK :-
TAHNIAH ! ADIK CEMERLANG LAGI ! TERUSKAN BERUSAHA. MAMA & AYAH SENTIASA MENDOAKAN AKAN KEJAYAAN SENTIASA BERSAMA ADIK. JGN CEPAT PUTUS ASA, OK !
WELL DONE ! U DID IT AGAIN FOR THE 4th YEAR !!! MUAHHHHHHHHHHHH.....