Tuesday, July 14, 2009

TahNiah anak2ku....!!!




- ini lah result mid term exam Ochia -



(sori,pic telah di snap oleh Adik guna hp...tu yg senget benget jdnya hehehe)



pd Sabtu 27 Jun yg lalu, sek Ochia telah mengadakan Hari Terbuka utk penyerahan Buku Laporan...sessi terbahagi kpd 2 kumpulan iaitu dr jam 8 pg hingga 9:30 pg utk kumpulan pertama dan jam 10 pg hingga 11:30 pg utk kumpulan kedua....Ochia minta aku n hubby dtg utk sessi kedua coz selesai perjumpaan bleh trus balik umah...hubby pun setuju n dlm kul 10:30 pg kami pun sampai di sekolah Ochia...




alhamdulillah, Ochia did well in her mid year exam yg lepas...cikgu2 pun tak byk komen abt her...just that kena berusaha 'lebih' n study smart to get straight 5 A's...Ochia hanya mampu dpt 3 A's je that is for her BM Pemahaman, Science n Maths...Penulisan n English 'B'...wlw apepun,Ochia berjaya mendpt tempat pertama in her class n tempat ke-23 dlm aliran keseluruhan thn 6....




TAHNIAH anakku....smoga dgn keputusan ini akan membuatmu menjadi lebih bersemangat lg utk menduduki exam UPSR yg just around the corner ! AMIN....!!!



mama,ayah n seluruh keluarga sentiasa mendoakan kejayaan bakal menjadi milikmu,
insya-allah....


- ulasan dari class teacher Ochia (Pn Aznel) -


-------------------------------------------------------------------------------------------------

HANYA CATATAN, GAMBAR TAK SEMPAT NK SNAP.....



Bagi Adik pula, hari terbuka sekolahnya jatuh pada hari Jumaat, 3hb Julai 2009 dari jam 8 hingga 11...cuma aku je yg dpt hadir..hubby was away to K.T'ganu for his business trip...



Hmm....Adik also did well ! Adik managed to get straight 5 A's tapi hanya berjaya mendapat tempat ke-3 di dlm kelas...kiranya Adik drop dlm mempertahankan kedudukannya coz selama ni no.1/2 mmg dlm tgn Adik...percentage Adik pun drop juga iaitu 90.60%...klau tak 96% belongs to him...takpe Adik, final exam nnt Adik try lg ye..btw,congratulations to you !



(...aku ngaku yg aku kurang fokus ke Adik mase mid term hari tu coz aku more fokus to Ochia yg bakal menduduki UPSR...mama mintak maaf ye Dik...! akhir thn nnt, insya-allah mama janji mama akan concentrate lebih kat Adik,ok....)


...pintu rezeki...

- my beLoVed paRents -



Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata.......



" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )"......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...Berdasarkan Hadith Nabi :"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doakepada kedua orang tua nya dalam sehari"



Huraian hadith:- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )



- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah



- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)



- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh AllahKesimpulannya:- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari



-Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)InsyaAllah Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah ,



- rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,(kata Azmil Mustapha)... ..Mari kita cuba .Allahhuakhbar. ..Insya AllahAllahu Akbar !



****Ingatlah ibu dan bapa kita telah banyak menabur bakti kepada kita sejak dari kecil hingga dewasa. Sanggup berkorban apa sahaja demi mendidik anak-anak kesayangan seperti dek lilin yang membakar diri sendiri demi memberi cahaya kepada orang lain.



Dalam hadith Nabi saw ada dijelaskan mafhumnya lebih kurang: anak-anak itu tarbianya terletak kepada ibu-bapanya, jika dia nasrani maka anaknya nasrani, begitu juga majusi atau kristian.



Maka kita beruntunglah ibubapa kita ini Islam maka Islamlah kita. Itu semua dari didikan dan bimbingan dari ibubapa kita dengan izin Allah. Dari itu jangan lupa selalu doakan untuk mereka berdua walaupun mereka masih hidup atau yang telah pergi.



Hubungkanlah tali silaturrahim dengan kenalan mereka, niatkan apa sahaja amal soleh yang kita lakukan untuk mereka berdua (termasuk kedua mertua kita), didiklah anak-anak kita sebagai mana ibubapa kita mendidik kita dahulu dengan teladan yang baik seperti hormat kepada orang tua, cium tangan bila bertemu dengan orang tua, saudara mara, beri salam, solat, menolong sesama insan, bercampur gaul dalam masyarakat dengan menyertai gotong royong, bawa ke masjid/surau, hadir majlis ilmu dan sebagainya.



Ini semua agar anak-anak kita kelak bila kita telah tua atau telah tiada lagi di muka bumi menjadi penyejuk mata kepada kita.



Semoga kita semua diberi taufik dan hidayah, murah rezeki, sihat, selamat di dunia dan akhirat****

Rambutan oh rambutan......

hmm....disebabkan buah rambutan yg tak bernyawa ni, tak pasal2 pg semlm aku dimarahi dgn teruknya oleh MIL sob sob...mengamuk sakan MIL marah sgt sbb takde sape yg balik kg sejak buah rambutannya masak ! aku ni mmg dah biase seminggu skali tepon MIL tanya khabar dia...so,pg semlm pas balik antar anak2 sekolah aku pun teringat kt MIL n terus call...cmni ni dialog aku n MIL :-

aku : assalamualaikum mak...
MIL : wa'alaikum salam....
aku : mak, ni Ina...
MIL : hah?? knape tepon,ade hal ape?? tak payah tepon lg,mak dah merajuk dah ni....
aku : ???!!!%%##$$$$ (blur...) mak,mak knape? tak sihat ke?
MIL : mak tgh marah ni,takde sape nak balik kg amik buah rambutan yg dah masak !
aku : gulppp! eh,mak ni....teruknya merajuk...mak marah ina ke?
MIL : mmg mak marah ina...kan mak dh ckp buah rambutan dah masak !!
aku : ya allah mak, kan dr minggu lps lg ina dah bgtau mak yg kami tak dpt nak balik...sofia ade kelas tambahan,tuisyen...kan dia nk peksa....Lias pn gi keje luar kat Port Dickson....ni pun dia takde,gi Penang....lagipun ina tak janji pun nak balik....
MIL : alah, mcm2 laa....
aku : (dh start nk sebak) mak,yg mak nak marah ina teruk2 sgt ni knape? salah ina sorang ke? ina tepon mak ni nak tnya khabar mak...tetiba mak buat camni kt ina...smp ati mak !
MIL : ina tak paham...mak ni terkenangkan anak2 cucu2...depa suka sgt buah rambutan...
aku : mak,ina tau mak mmg slalu teringatkan kami bila musim buah cmni...tp nak buat cmne mak,masing2 ade hal mmg tak dpt nak balik...mak marah la anak menantu mak yg dekat tu...
MIL : alah,yg dkt pn tak balik...yg jauh ape tah lg...
aku : hah, tau pun mak ckp cmtu...kami ni jauh mak....
MIL : nyah,zita smua mak dh marah....tp mmg mak marah sgt kat ina....mak smp dah beli buah durian,kopak dan simpan dlm peti ais....imran kan suka !
aku : (dh tak thn,mula nak nangis..) mak!! yg mak beli knape? ade ke ina janji dgn mak nk balik?? kot iye byk sgt buah rambutan tu,ape salahnya mak sedekah je kat sape2...bg depa mkn.
MIL : sbb terlampau byk la mak suruh balik !!!!$$$%%%^^^???? etc (mcm2 lg dia bebelkan aku dgn kata2 marah dia tu....smp aku tak sanggup nk dgr sbb MIL tak bg chance langsung aku nak b'ckp)
aku : (dgn suara nangis..) takpe la mak...kalau itu la kesalahan ina,ina mintak ampon...mak jaga diri...assalamualaikum n aku terus letak tepon !!



aku berpikir sejenak,knape la MIL jd cmtu....adakah dia sudah NYANYUK??? mungkin tidak sbb ingatan dia kuat lg...atau mmg perasaan marah tu dah terbuku n terpendam lama di hatinya so dia nekad sape2 yg call dia dia trus 'BOM'...dan kebetulan aku plak yg tepon dia lps weekend,pg2 plak tu so aku la jd 'MANGSA'nya...mmg aku sedih n kecik ati sgt dgn MIL...slama 13 thn aku jd menantu dia,tak pernah dia berkelakuan spt ini....bkn aku tak boleh dimarahi / ditegur tp cara MIL kali ni mmg keterlaluan...aku pun ade perasaan juga...asik aku aje yg nak jaga ati n perasaan org..perasaan aku???
aku tak thn nk tanggung sorang2...so aku called Ita (SIL) n Kak Timah (my biras) to release it...terkejut beruk diaorg bila dgr citer aku,just diorg suruh aku jgn pikirkan sgt n byk bersabar....SIL ckp nnt dia try slow talk dgn MIL...aku tak citer pun kat mama wlwpun ati ni mmg memberontak nak citer....sbb aku taknak mengaibkan MIL...iye la,slama ni hubungan besan mama n MIL mmg baik ! so,aku gi melepak umah Cikdah n story to her everything...aku rasa tak salah aku citer kat Cikdah as my auntie...hmm,bergenang gak mata Cikdah bila dgr citer aku..yg pd pandangan Cikdah aku ni sorang menantu yg baik...
takpe laa...aku terima n redha mak buat aku cmni...sbg menantu aku tetap respek n syg MIL mcmane aku sygkan mama n ayah aku...tp ati kecilku mmg terguris sgt2....(hubby blom tau lg psl ni coz he's away for outstation...)


Thursday, June 25, 2009

Rejab - Bulan Taubat & Pengampunan


Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini………. BULAN REJAB Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”


1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt


2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa


3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt


4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat


5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah


6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga


7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."Sabda Rasulullah saw :


"Pada mlm Mi'raj, saya lihat sebuah sungai yg airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu & lebih harum dari minyak wangi,

Lalu saya bertanya pada Jibril as: "Wahai Jibril utk siapakah sungai ini?"

Jwb Jibrilb as: "Ya Muhammad sungai ini utk org yg membaca selawat utk engkau di bulan Rejab ini.


"Dlm riwayat Tsauban bercerita :

"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti & beliau menangis dgn amat sedih, kemudian beliau berdoa kpd ALLAH swt.

Lalu saya bertanya kpd beliau "Ya Rasulullah, mengapa engkau menangis?"Lalu beliau bersabd: "Wahai Tsauban, mereka itu sdg diseksa dlm kuburnya & saya berdoa kpd ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka.


"Sabda beliau lagi:"Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka mahu berpuasa 1 hari & beribadah 1 mlm saja di bln Rejab nescaya mrk tak akan disiksa di dlm kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa 1 hari & beribadah 1 mlm dlm bln Rejab sudah dpt mengelakkan dr seksa kubur?


"Sabda beliau: "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yg telah mengutus saya sbg nabi, tiada seorang muslim lelaki & perempuan yg berpuasa 1 hari & mengerjakan solat mlm sekali dlm bln Rejab dgn niat krn ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya spt berpuasa 1 thn & mengerjakan solat mlm 1 thn."Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara

malasnya........

...mmg hari ni adalah hari malas ku hehehe....bkn malas ape,just rasa malas btul nak masakkk...sbbnya mcm dah jemu tak tau dah nak masak ape coz firstly :- rotate2 balik2 lauk yg sama gak..lg2 anak2 aku yg tak mkn pedas,lg la aku buntu...secondly :- Adik still demam lg (dah 3 hari)..dah bwk gi klinik,it's a viral fever je...aku mmg dah suspen klau demam waktu2 skrg nih...dlm kepala otak aku apalagi H1N1 ler...lg2 Adik ade smua simptom2 tu..tp alhamdulillah Adik cuma demam biase je....

so,hari ni aku masak BUTTER PRAWN je....mmg simple sgt tp simple2 pun bila mkn dgn nasi panas sodappppppp...bertambah2 anak2 aku mkn tghari nih hehehe....


BUTTER PRAWN yg agak2 'tak menjadi' hehehe



Saturday, June 20, 2009

shopping raya hehehe....

mine yg merah hitam tu & yg blue purple tu naz punya......cantikkk tak baju2 kami?? hehehe

ekceli takde la shopping sakan pun....just that i'm looking for kain lining je utk kain yg aku dpt from mama...aku,Ochia n mama gi Kamdar coz bg kami kain2 ela kat Kamdar bleh thn cantiknya n harganya pun is within our budget...2 jam lebih gak kami belek2 kain kat situ,sampai tak sedar jam dah pukul 3:30 pm (kami sampai Kamdar kul 1 pm)..bkn setakat kain aku je,kain utk hubby n anak2 aku pun aku belikan skali...Ochia smp 2 psg,hubby n adik baju melayu sepsg sorang share colour meron hehehe...utk mak pun aku dpt sepsg...

mama plak belikan kain lining utk Finaz,sepsg utk cucunda Batrisyia n baju melayu utk Am..(tema colour diaorg thn ni purple hehehe)...mama plak beli kain kerawang putih utk buat baju kebaya !

p/s:- kain2 Ochia,hubby n Adik tak sempat nak snap coz dah antar ke tailor...hehehe

Tolong! Aku rindu Batrisyia....!!!

iye,aku mmg tgh rindu dgn anak buahku yg sorang ni...dah masuk 3 minggu dah tak jumpa dia..
Finaz n Batrisyia balik Btg Kali 31 Mei lepas due to Finaz nak start keje on 1 Jun 2009 after cuti bersalinnya...sejak dari tu la aku teringat kan aksi2 comel Isyia n juga terngiang2 suara & gelak tawanya....dah la rindu, Finaz plak tak putus2 mms gambar terkini baby dia yg tgh membesar tu...sabo je laa...aku rasa mcm nak pegi je jenguk Finaz n family kat Btg Kali tu tp mase plak tak mengizinkan...weekend lps,mama n ayah mkn angin tgk Isyia...disusuli dgn Amril sekeluarga last Tuesday...takpe2,aku simpan dulu rindu dendam ku ni...tgk smp bila ia bleh bertahan hehehe....

layan la gambar2 terkini BAtrisyia...enjoyyyyyyy


Isyia yg comel...

Isyia lepas mandi




Isyia the BULAT !!!





Isyia yg mirip dgn Atok Muaz







Isyia dgn 'kwn' barunya..