Started with my Kuih Ketayap, my kids' feveret !! Nak resepi ??? Rasanya kuih simple camni, smua org tau buat, kan ?? Takpe lah, aku bagi resepi aku pulak....
Bahan2nya :-
Utk inti :
150 gm gula merah
3/4 cawan air
1/2 biji kelapa parut
garam & daun pandan
Utk kulit :
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan santan
1 biji telur
2 helai daun pandan
Cara2 membuatnya :-
1. Utk inti, masukkan kesemua bhn inti ke dlm periuk. Kemudian masak di atas api yg sederhana & kacau agar sebati dan melengas. Masukkan sedikit tepung gandum agar inti ini melengas. Angkat & ketepikan,
2. Utk kulitnya, masukkan tepung gandum & telur di dlm mangkuk.
3. Kemudian masukkan santan & kacau hingga sebati. Masukkan juga air daun pandan ataupun pewarna hijau. Tapis adunan ini.
4. Panaskan kuali yg telah dilengserkan dgn sedikit minyak. Tuangkan sesenduk adunan ini & lenggang2kan kuali td supaya adunan rata & nipis.
5. Setelah masak, angkat & ketepikan. Buat sehingga selesai semuanya.
6. Kemudian ambil kuih dadar td & masukkan inti di tgh2nya. Kemudian lipatkan bahagian atas dan bwh lalu gulung ketayap kemas2.
7. Lakukan sehingga selesai & hidangkan. - SIAP -
The next 2 days nya, aku masak lauk pulak. This time Ochia teringin nak mkn rendang. Hmm,nasib baik smua bhn utk buat rendang ni ade dlm simpanan dapur aku hehehe.....berpeluh jgak lah nk menyiapkan rendang ni....maklum lah, it's a school day....so slalunya Ochia akan lunch pkul 11 pagi ! Klau masak lauk2 lain tu, no problem...kejap je...Ni rendang kan, so take time lah ia nk masak....Nk cuba rendang versi aku ??? Silakan.....
Bhn2nya :-
600 gm ayam - dipotong kecil
1 biji kelapa - ambil santannya
Beberapa btg serai - diketuk
3 kuntum bunga lawang
3 cm kulit kayu manis
2 sudu besar cili boh
1/2 cawan kerisik
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Bhn2 utk dikisar :-
60 gm lengkuas
50 gm halia
6 biji bwg merah
4 ulas bwg putih
Cara2 membuatnya :-
1. Bersihkan ayam & toskan. Kemudian perapkan dgn bhn2 yg dikisar. Perapkan lebih kurang 1 jam.
2. Masukkan minyak kemudian panaskan kuali. Masukkan ayam & bhn2 lain kecuali santan,kerisik, gula & garam. Masak sehingga ayam empuk.
3. Pastikan api tidak terlalu kuat & masakan hendaklah dikacau slalu agar tidak berkerak.
4. Setelah hampir kering, masukkan santan, gula, garam dan kerisik. Setelah ayam empuk serta kuah agak kering, boleh lah diangkat & dihidangkan.
- SELAMAT MENCUBA - ;-)
A week later, aku teringin nak mkn karamel hehehe....so aku pun merajinkan lah diri utk membuatnya. Sdiri yg teringin kenalah berusaha sdiri utk mendptkannya huhuhu.....Inilah hasil karamel ku......
Mcm biase, aku nk share resepinya di sini....
Bhn2nya :-
(utk puding) - A
250 ml susu sejat
250 ml air
3 biji telur
4 sudu besar gula kastor
1 1/2 sude besar butter
1 sude kecil esen vanila
(utk gula hangus) - B
125 gm gula pasir
4 sudu besar air
Cara2 membuatnya :-
1. Satukan bhn2 B dlm periuk. Masak hingga pekat dan kekuningan. Tuangkan sirap ini ke dlm mangkuk kecil. Ketepikan.
2. Bhn2 A : pkul telur hingga kembang. Masukkan gula kastor & pkul lagi. Tuangkan susu sejat,air & esen vanila. Kacaukan hingga sebati.
3. Kemudian tuangkan adunan ini ke dlm mangkuk yg berisi gula hangus. Bubuhkan sedikit butter di atasnya.
4. Kukus di dlm pengukus selama 20-30 minit.
Ekceli, resepi ni ade 2 version ! Yg aku dh cuba buat tempohari ikut resepi seperti di atas - my version hehehe....koktail tu ikut suka nk letak ke tak tp aku saje je decorate camtu supaya cantik lah sikit rupanya. Got one more recipe,from my long lost fren Puan Izura Usman : http://isaurakitchen.blogspot.com... lebih kurang je tp rasanya blom cuba lg....Jom kita tgk resepi dari Puan Izura...... :))
According to Izura, resepi yg dia ade tu adalah pemberian dari sorang kakak yg terer masak (her ex colleague, Kak Ita namanya). Dia sorang tokey nasi lemak di restoran2 di KL ! Jom kita tgk style Kak Ita buat karamel ni....
2nd VERSION
Bhn2nya :-
10 biji telur
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
1 1/2 tin air
Sedikit esen vanila
Gula - dibuat gula hangus
Buah2an cocktail
Cara2 membuatnya :-
1. Masak gula utk dibuat gula hangus - tuang dlm loyang & ketepikan
2. Pkul telur, jgn sampai kembang (pkul manja2 gitu)
3. Masukkan susu pekat, susu cair, air & vanila - kacau rata
4. Tuangkan ke dlm loyang yg ade gula hangus tadi. Kukus lebih kurang 1/2 jam (adunan ni byk, dpt 2 bekas sbb pengukus i kecik je...so dlm 1/2 jam lah setiap bekas )
5. Dah masak, angkat & sejukkan. Hiaslah dgn buah2an....mkn sejuk2 baru nyaman
Hmm...lepas mengukus, jom kita membakar plak :))
Aku amat teruja nk buat puding roti. Mmg feveret aku pun kuih ni....tp family members yg lain tak minat huhuhu....sbb nk mkn sgt punya pasal, aku buat jgak lah puding ni...laku ke tak laku, itu blkg kira hehehe...
Resepi aku ceduk dari Kak Zai @ Teratak Impian (http://dapurcomelku.blogspot.com) Terima kasih Kak Zai kerana sudi berkongsi resepi....
Bahan2nya :- (5-6 org)
Utk karamel/ sos nya :
1/2 cawan gula
2 sudu besar air
2 sude besar air suam
Utk puding :
4 keping roti
4 biji telur
Sedikit butter
600 ml susu cair/ susu segar
8 sudu besar gula hamgus
Sedikit esen vanila
Sedikit kismis (optional)
Cara2 membuatnya :-
1. Sapukan acuan dgn butter. Panaskan oven pada suhu 180C
2. Sapukan roti dgn butter. Kemudian toast roti selama 3-4 minit. Potong roti sebesar 1-2cm. Ketepikan.
3. Sediakan karamel. Masukkan gula & 2 sudu besar air ke dlm periuk. Panaskna hingga perang. Kemudian tutup api & tambahkan 2 sudu air suam. Masukkan karamel ini ke dlm acuan yg telah disapu dgn butter tadi.
( TIP : mase mula2 panas gula tu jgn kacau sehinggalha gula nmpk perang. Lepas itu bolehlah dikacau sehingga warna perang yg diinginkan. )
4. Dlm bekas lain,masukkan gula, telur,esen vanila dan susu sambil dikacau. Masuk bhn2 ikut turutan supaya senang nk sebati. Kemudian tapiskan sebatian ini ke dlm acuan yg ade karamel tadi.
5. Letakkan kepingan roti yg telah di toast & juga kismis ke dlm no. 4
6. Letakkan acunan ini ke dlm dulang oven dan masukkan sedikit air suam ke dlm dulang tersebut tp BUKAN dlm acuan puding. Kukus selama 40 minit.
Jom sambung lagi mengukus kuih hehehe.....this time buat kuih Apam pulak ! Ni resepi my beloved Mama...resepi turun temurun. Takde lah, it's just that Mama mmg terer buat kuih Apam ni, tak kira ape jenis apam....Klau 'emergency' tetamu nk dtg or kami anak2nya nk balik, kuih apam ni lah yg akan terhidang kt atas meja hahaha...
nak try resepi org lama ni ??? Dipersilakan........
Bahan2nya :-
Utk gula hangus - 1/2 gelas gula = 1/2 gelas air. mendidihkan gula dulu baru masukkan air.
2 gelas tepung gandum - diayak bersama dgn 1 sudu kecil soda bikarbonat
2 biji telur
1 gelas gula
1 gelas susu cair
1 sudu kecil esen vanila
Cara2 membuatnya :-
1. Blender kesemua bhn2 di atas hingga sebati. Masukkan gula hangus & esen vanila.
2. Tuangkan adunan ke dlm acuan.
3. Kukuslah selama 40 -45 minit
- SIAP -
Resepi terkini yg aku cuba 2 minggu lalu ialah Tuna Puff ! The very2 simple recipe again from my dearest fren, Izura ! TQ Izura ! Mmg senang banget nak membuatnya :))
.......TADAAAAAAAAA..................at last menjadi juga puff ku
Instant resepi hehehe.....
Bhn2nya :-
Instant prata
Tuna dlm tin
Cara2 membuatnya :-
1. Prata tu dipotong 2 atau 3, ikut nak besar mane. Then letak tuna dan lipatkannya
2. Sapukan telur di atasnya
3. Bakar hingga prata tu naik & brownies. Ikut oven masing2 tp aku bakar dgn suhu 175C selama 15-20 minit
Senang kan ??? So,bleh lah cuba. Aku gerenti anak2 mesti suka. Dah lah senang, cepat pulak nk menyiapkannya.....
So, sekian dulu coretan masak2 ku....I feel happy dpt berkongsi resepi dgn kwn2 di sini. Jika ade segala kekurangan, harap maap lah ye....
p/s : rasa Raya tahun ni, nk buat sdiri bskut2 & kek2 hehehe.....mampukah aku ??? :))