Saturday, August 28, 2010

Buka Puasa RM2 ???

Percaya ke tidak??? Dengan hanya RM2 pelanggan boleh menikmati 3 jenis lauk dan mkn sepuasnya...Aku nak share dgn korang psl restoran yg charge hanya RM2 je sepjg bulan Ramadhan ni...Restoran ni terletak di Seksyen 7, Shah Alam..member aku yg bagi e-mail ni dan dia kata lagi restoran ni pernah masuk newspaper for promotion..(iye ke? ntah,aku tak perasan plak...)



Nama restorannya ialah Malaysia Negara Ku. Nak mkn kat sini ada syaratnya hehehe...don't worry,tak susah syaratnya just show ur IC as a prove that u are a Malaysian citizen ! Hidangan yang disediakan adalah berupa nasi putih beserta dgn 3 atau 4 jenis lauk dan segelas air. Not bad...My fren ckp restoran ni baru beroperasi Ramadhan ni dan ia menggunakan konsep layan diri dimana smua pelanggan akan dilayan sama sahaja,tiada yg istimewa dan tanpa mengira latar belakang samada kaya atau miskin,sama2 dpt menikmati makanan dengan RM2.
Restoran ini juga tidak menitikberatkan keuntungan semata2 tetapi lebih kepada utk membantu masyarakat yg kurang berkemampuan. Objektif restoran Malaysia Negara Ku ini adalah utk memberikan pendidikan kpd masyarakat ttg amalan kebersihan dan semangat cintakan negara.

Yang menariknya,selepas selesai mkn pelanggan perlu membasuh pinggan yg mereka gunakan..samalah masa kita kecik2 dulu di mana mak kita pasti akan suruh kita basuh pinggan selepas mkn kan hehehe...u all sanggup ke?? hehehe....lupa plak aku tnya kwn aku tu,klau taknak basuh pinggan bleh ke?? anyway,bkn susah pun setakat basuh pinggan mkn sdiri,iye tak??


Menurut kwnku lg (via pamplet yg dia amik frm the kedai), pemilik restoran ini ialah Datuk Zainal Abidin Awang Kechik yg mempunyai pengalaman selama 20 thn dlm industri mknan & mempunyai 5 restoran bertaraf 7 bintang di luar negara. Beliau bercadang utk membuka lebih byk lg cawangan Malaysia Negara Ku di seluruh Malaysia.
Bagi mereka yg tidak membawa IC dan bukan warganegara Malaysia bayaran akan dikenakan sebyk RM6 sorang. Hmm,still reasonable...
So,apalagi kwn2...jom kita serbu Restoran Malaysia Negara Ku ni...hehehe...

(credit to The Malaysian Insider for the pictures)

Wednesday, August 25, 2010

Selamat Hari Wanita 2010

Anda WANITA ???



...tak kira la anda seorang wanita yg bergelar ibu/mak/mama/mommy/umi....







...atau wanita yg bergelar doktor........


...atau wanita yg bergelar chef.....




or even a career woman...





Hari ini, 25 Ogos 2010 adalah sambutan Hari Wanita di negara kita. So,dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI WANITA kepada setiap wanita di seluruh negara..


Tema sambutan Hari Wanita tahun ini adalah 1 AZAM - WANITA 1MALAYSIA...yang membawa pengertian bahawa wanita Malaysia mendokong hasrat Kerajaan dlm merelisasikan Program Transformasi Kerajaan, Bidang Keberhasilan Utama Negara dan Model Baru Ekonomi.


Wanita 1Malaysia mempunyai 1azam demi mencapai wawasan negara untuk menjadi sebuah negara yang maju. Usaha ini haruslah berlandaskan Dasar Wanita Negara yang membolehkan wanita diperkasa,haknya dijaga dan maruahnya dibela.

So,berbangga lah dengan diri anda wahai teman2 wanitaku dan skali lagi SELAMAT HARI WANITA utk kalian smua....

Monday, August 23, 2010

Tak Halal ???

Salam...


Lately ni aku byk dpt email abt mknan2 yg tak halal ! Samada betul atau tidak,wallahualam..tapi aku ade buat research via check kat halal's website dan juga thru interview dgn individu yg terbabit...


Firstly : McDonald's


Kus semangat dan terkejut aku yg McDonald's skrg dah tak halal ! Maklum la,itu feveret fast food aku sekeluarga hehehe...klau rasa bosan makan nasi etc...zasss apalagi,drive true aje la...tapi tak la slalu...dlm 3 bln skali camtu,orait la kan...*wink*






Emailnya berbunyi begini : (aku copy paste dari yahoo inbox ku )

-------------------------------------------------------------------------------------------------

[Hentikan makan McDonald's Chips -- French Fries. Ianya disalut dgn lemak babi dan adalah haram bagi Islam memakannya....


MACDONALDS McDonald's announced in the 1990's that it changed its frying oil from animal fat to vegetable oil for those who are vegetarian. However,it turned out that this information did not turn out to be completely true. French fries are fried slightly in animal fat then frozen and shipped to all the McDonald's syores for the final frying. The Following information was announced on the Arabic BBC Channel. Basically, what they do is they cut the potatoes into slices and then coat them with a thin layer of lard (pig fat) or cow fat so that when it is fried it will crunch. Then these fries are shipped to McDonald's stores in different parts of the world including India and the Arab countries. McDonald's apologized to the Indians after receiving complaints, since a good nymber of Indians do not eat anything that has ingredients derived from animals. And of course no apology has been made to the Arab countries. So,in summary, McDonald's fries is coated with a layer of either cow fat or lard (pig fat which is thicker and cheaper) then shipped to all McDonald's stores over the world,which is then fried in vegetable fat. Please alert all those you know of this information.


Secara terang2 Islam ditipu oleh orang Amerika. Mereka mohon maaf pada org India tapi tidak kepada Islam. Bertindaklah dgn segera...tidak lagi makan jualan mknan McDonald's selepas ini...


Daging McDonald's juga dikatakan tidak halal kerana pihak McDonald's didakwa telah membeli daging yg tidak halal dari Uruguay ! ]

------------------------------------------------------------------------------------------------


Hmm...dgn rasa was2 aku pun menuju ke McDonald's yg berhampiran dgn rumahku utk bertanyakan tentang kesahihan berita ini dan Store Manager di situ telah menunjukkan aku satu surat as below :-





Later kat rumah,aku checked lg via browsing halal's website (http://www.halal.gov.my/)
...kat laman utamanya tertulis :

ISU mcDONALD

Dimaklumkan bahawa JAKIM tidak menggantung/menarik Sijil Pengesahan Halal yg telah diberikan kepada McDonald/Mac Food Services (M) Sdn Bhd

Fuh ! terjawab kini segala persoalan pasal McDonald's ni hehehe...so,kwn2, no more keraguan ye...


Secondly : Burger King


Email berbunyi :- (mcm biase,aku copy paste)

-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Dear brothers & Sisters...if you look at the picture it says sausage patties. In US, sausage is made from pigs fats ! "
-------------------------------------------------------------------------------------------------

uiikk...sekali lagi aku terkedu...so,lepas balik dari antar anak2 gi sekolah,aku pun drop-by kt Burger King Restaurant yg again tak jauh dari rumah aku hehehe...terkejut Manager Burger King tu bila aku dtg nak jumpa dia siap bwk gambar (as above) coz slalu tu dtg nak order mknan hehehe...again, surat yg sama mcm McDonald's tu yg dia tunjuk kat aku. Gulpp..no komen dariku...manager tu ckp lg..."email yg akak dpt tu dr oversea...mmg la kat oversea daging2 diaorg tak halal !

Ok,settled ! Terjawab segala persoalanku tentang 2 makanan segera ni...


Lastly : BUAH LAICI YANG ADE LEMAK KHINZIR !

JAKIM telah menghantar surat kepada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut : NARCISSUS
"Narcissus" is an established and well known brand associates with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms,asparagus spears,lychees,spiced pork cubes,stewed pork chops etc..The range of "Narcissus" food products,which is very well demanded in many part of the world, include :
Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings
Kesemua brg2 di atas adalah keluaran Narcissus.
Kepada semua muslimin dan muslimat,tolong sebar2kan info ini kepada umat Islam yg lain. Untuk mendapat kesahihan tentang ini,sila lawati website :
Hmm...i'm speechless ! Pernah beli buah laici brand ni dulu...so,from now on ape2 brg mknan/minuman kena check dulu samada ia btul2 halal atau sebaliknya....tp kdg2 tu indah khabar dari rupa (like McDonald's case)..sesetengah pihak cuba nak sabotaj produk keluaran pihak yg satu lagi tu huhuhu...wallahualam !
So,boleh dikatakan kebanyakkan mknan & minuman dah tak 'selamat' utk dimakan/diminum !!!
Jadi, sama2 lah kita berwaspada....


- Salam Ukhwah -

Thursday, August 19, 2010

Advance birthday celebration @ Andalas,Klang

Salam smua....firstly,aku nk mintak maaf coz membiarkan blog aku ni lama tak ber update ! Ekceli dah lama dah upload all the pics. Entries pun dah byk tp ntah macamane bleh hilang la plak...abis musnah smuanya uwaaaaaaa...


So,entry 4 Ramadhan ni is more to my gathering with the whole family...Adik2ku dari Cheras & Antara Gapi balik Klang...so,mama pun plan la buka pose ramai2..Bila dah berkumpul,hubby ckp why not celebrate bday Adik in advance. Birthday Adik falls on the 15th August ! Boleh ke celebrate awal? coz slalunya klau tak sempat sambut on the day itself,org akan buat belated celebration. Hubby cakap : boleh aje hehehe....



Hmm.tghari tu bergegas la aku ke kedai cake...apalagi,nk beli kek la..biasa la,klau dah last minit ape yg ade dlm fridge tu je la yg tinggal...nak tak nak, aku pun grab 1/2 kg punya kek ! Before that,called Ochia..nk tnya abt the pic of the cake..yg kartun cuma tinggal spiderman & Ben 10..i think i wanna go for Ben 10 tp mcm tak confident la plak hehehe....tu yg call Ochia tu..Ochia pun suruh beli yg Ben 10 deco cartoon..the cake is chocolate flavour. Elok le tu coz coklat mmg feveret Adik pun...



Dipendekkan citer,majlis berbuka puasa kami berjln dgn lancarnya..byk btul mknan smpai tak muat meje hehehe...ada nasi putih lauk kari ayam,ikan kembung bakar with air asamnya,sayur kangkung,tauhu sumbat,tempoyak udang...kuih muih plak ade popia basah,cucur badak,murtabak & roti jala...western food pun ade : spagetti bolognise ! air plak : air tebu n kelapa ;-) Hidangan terpaksa dsediakan dlm 2 hidangan sbb tak muat hehehe...yg atas meje ialah smua jenis kuih muih & air mnuman....




...sementara hidangan di bwh utk sape yg nak mkn nasi & the lauk pauk ! Ramai yg go for mkn nasi dulu hehehe....maybe bcoz lauk pauknya yg pelbagai tu kot....budak2,myself n Ijam je(kecuali Adik) yg memenuhkan meja mkn hikhikhik....






Ochia ni klau diberi pilihan samada nasi/spagetti,she'll go for spagetti ! So,she really enjoyed her food that nite..Adik pun begitu tapi disebabkan ade ikan bakar,he choose mkn nasi laa..pilihan Adik telah di copy cat oleh isyia (my niece)...elok aje dia duduk sebelah Adik,baca doa dan mkn sama2 hehehe...so cute of her !!!





Jeng...Jeng..Jeng...masa yg ditunggu2 telah tiba. Ekceli Adik tak tau pun yg ade surprise celebration for him. Selesai terawih dan bila smuanya dah balik from masjid, kelam kabut la aku,Ochia & hubby prepare ape2 yg patut for the party. Nothing much to prepare,just ade sebijik kek je ! Mknan lain mase berbuka pun byk lagi...

Here it goes....HAPPY 10th BIRTHDAY, ADIK ! Suprise......!!!!! Tersipu2 malu adik ketika itu..nak tak nak dan dgn sportingnya Adik meniup 10 btg lilin yg ade kt atas kek & after that upacara potong kek la apalagi....nmpak Adik blushing hehehe....sori Adik,for not informing u earlier about this surprise party !! Tapi rasa2nya dlm malu2 Adik tu,dia nampak happy !!





Dgn dikelilingi sepupu2nya yg kenit, Adik bergambar keriangan...tiba2 muncul si kenit Isyia dgn beg plastik besar hahaha...ooo..nk bg abg Imran hadiah rupanya....TQ Isyia & family for the nice Hush Puppies T-Shirt ! Boleh pkai mase Raya nanti....



Later after that,hubby plak muncul juga dgn beg plastik ! Hai,knape smua hadiah2 Adik tak sempat berbalut ??hehehe...dah sah2 ni mesti last minit punya plan...dan bila shopping hari Sabtu mmg "Hari tanpa plastik" hehehe...Adik ckp : "takpe tak berbalut pun,yg penting isi dlmnya!" Waduh ! bagus punya ayat si Adik ni...hubby belikan Adik football boot..mmg dah lama pun dia nak boot ni..maklum la sejak2 join football team kat sekolah...hubby main redah aje amik saiz 5..nasib baik la muat..kira boot ni is from the whole family besides than 2 birthday cards from Ochia & me...
So,cukup la aku bercerita...nnt ter delete lagi....let's enjoy the photos !!!














Monday, August 16, 2010

Photo frame

Hmm...dah lama gak aku tak ber blog walking kat blog2 kengkawan kat sini...So,di kesempatan yg ada lepas aku meng update blog aku yg dah byk ketinggalan ni, aku pun start menjengah kesemua blog list aku hehehe...Baca punya baca tiba2 bila sampai kat blog yg satu ni : http://talkisaid.blogspot.com/2010/08/frame-your-picture.html terjumpa topik : "Frame Your Picture". Tergerak hati ini utk membacanya sampai akhir. Dah abis baca dan paham, trus dgn semangatnya aku try meng aplikasikan nya hehehe....maklum la,aku ni buta IT sket...blog aku ni pun ekceli blom brape sempurna...dah la tak reti,ditambah lg dgn tak berkesempatan...takpe la,janji blog aku ni bleh dibaca wlwpun tak secantik mane hehehe....senang ckp,aku buat blog ni sebijik mcm diary biase aje...tanpa menghiraukan decoration nya huhuhu...



Eh,lupa plak nk bgtau yg empunya blog http://talkisaid.blogspot.com/ tu is my beloved niece (Cik Noridah Binti Yahya !!! )..blog dia kemas & cantik wlwpun baru 3 bln lebih (if i'm not mistaken) dia berjinak2 dgn dunia ber blogging nih hehehe....well done dear , CONGRATULATIONS !!!



So,thanks a billion dearest niece for sharing the tutorial on the photo frame (http://bighugelabs.com/) ! I have try it and....



JENG....JENG...JENG....JENG....















...2 version of frame telah berjaya aku hasilkan...satu via stamp design and the other one via wooden frame.....



Camane?? Cantik tak ???



Sunday, August 15, 2010

3 Ramadhan...

Menu sahur : lauk berbuka semlm just aku tambah satu lauk je; ikan masak kicap...sahur2 ni sayur tak brape laku so salad jugak yg aku hidangkan hehehe....









Menu berbuka : aku masak nasi lemak with ayam goreng berempah (requested by Adik)....buat air tembikai and kuih ketayap sket....



on the way back fetch Ochia from school, aku & Adik drop-by at mini bazar ramadhan yg ade kat area rumah....so,Adik dpt la roti john (feveret dia)....dan aku plak bila dah ternampak ade kuih cara bergula,sudah tak tahan...aku suka kuih ni...nak beli ke tak?? coz kat rumah dah ade kuih ketayap...alahai,beli je la sket hehehe...one pair 40 sen..nak beli 3 biji tkut kang ade plak org lain yg berkenan...ended up,aku beli gak la kuih cara ni RM2 = 5 ketul !!!



Alhamdulillah....licin semuanya ! Hmm....kena pikir menu lain plak utk bersahur mlm nanti huhuhu.....

2 Ramadhan...

Menu sahur : nasi goreng kampung with cheese sausage...




Menu berbuka plak : requested by Ochia nak mkn kari telur....i just add sambal ikan bilis with terung,ikan kembung goreng & sayur salad+tauhu goreng....




...kuih utk hari ni aku beli aje : badak berendam (family's feveret) & roti sosej utk Adik...air plak air longan...dah cukup !!! ;-)


"SELAMAT BERBUKA SMUA"



1 Ramadhan....

Menu sahur : nasi putih,telur dadar,kari ikan kembung & roti canai....

1st day bersahur, aku bertiga beranak je dgn Ochia & Adik. Hubby outstation to Kuantan...so,malas la masak beriya...Ochia ni klau boleh nak mkn nasi but not Adik. Aku terpaksa prepare dish lain selain nasi coz Adik mmg tak berselera kalau nasi putih berlauk ni...except nasi goreng or nasi lemak.....tapi klau ade roti, dia prefer roti la coz roti mmg feveret dia !!! Mcm biase, Adik request nak mkn roti canai for his sahur....as a mom,mmg tak sampai hati klau hajat anak tak ditunaikan,lg2 di bln posa ni....

Menu berbuka : nasi ayam, as requested by Ochia & Adik....



....with air bandung cincau & karipap,tepung pelita as desert...kurma tu wajib ada...



Salam Ramadhan........

Assalamualaikum smua.....

Dah 5 hari kita berpuasa tp baru skrg ni aku sempat nak wish all of u all here : "SELAMAT BERPUASA" ! Smoga puasa & segala amalan kita sepanjang bulan yg mulia ini diberkati Allah s.w.t. amin.... mohon maaf di atas segala salah & silap (jika ada)...

Fadhilat Ramadhan :
Abu Hurairah menyatakan..telah bersabda Rasulullah s.a.w.yg bermaksud :
"Apabila tibanya Ramadhan,dibuka pintu2 syurga dan ditutup sgala pintu neraka dan diikat sgala syaitan.."
Hadis dikeluarkan oleh : Imam Bukhari,Muslim,Nasai'e,Ahmad dan Baihaqi.....

Friday, August 13, 2010

Riadah before puasa...

Last weekend, 7th August 2010 (Saturday)...out of sudden lepas hubby balik keje dia ajak aku & anak2 gi outing. Bila ditanya nak ke mane, jwbnya : jln2...ikut stering ! Ishhkk,sabo je la aku dgr...nak gi jln tp tak tau arah tujuan ! Ochia & Adik,bila dgr je nak gi jln apalagi melompat keriangan la mereka wlwpun tak tau nk ke mane....janji kluar dr rumah hehehe....



So,lepas Asar kami kluar & dlm keta baru hubby ckp nak ke Shah Alam, main bowling and klau sempat shopping raya skali ! Horeyy, sorak Ochia & Adik...happy la tu ! Mmg dh lama pun kami tak ber bowling...last main hari tu b4 Ochia tournament,that is bln March (klau tak silap aku..). Hubby ckp klau boleh mmg nak jadikan aktiviti bowling ni as a monthly/forthnightly activiti utk kami sekeluarga ! Tapi ape boleh buat,kesibukan mengatasi segalanya..sampai jadi 4,5 bulan skali baru dpt merealisasikannya.....hehehe



Klau kat Shah Alam,pilihan tempat utk ber bowling dah semestinya kat Plaza Alam Sentral ! Sambil2 tu boleh cuci mata window shopping coz smuanya ade kat situ. Lagi2 di bulan Ramadhan ni, byk extra stalls yg menjual kelengkapan2 utk menyambut Hari Raya dah tumbuh mcm cendawan !







Keadaan di Megalanes,Shah Alam sangatlah sibuknya. Org ramai...ade yg tgh tunggu turn,ade plak yg saje lepak2 tgk org main bowling...mmg riuh dan bising la jadinya huhuhu...abt 40 minutes tunggu,baru la kami dpt main..aku main dgn Ochia & Adik. Hubby tak nak join,nak jadi camera man katanya...lagipun dia kepenatan so nak relax2 je....


Kami dpt lane no.1 ! Ok la tu,lane hujung...tersorok sket dari pandangan org ramai hehehe... Maklum la,kami ni bkn la pemain profesional...nanti bola masuk longkang tak ke malu huhuhu....


Ochia as the 1st player....


...diikuti dgn Adik.....

...and mcm biase i will be the last ! Ape kata org, save the best for last hahaha....


Kami main 3 games sorang ! Hah,amik ko ! Sampai staf kt kaunter tu ckp : LARAT KE?? ek eleh,mcm tak caya plak yg kitaorg ni boleh main straight 5 games klau nak....


- 1st game : Ochia won !!! -



- 2nd game : aku menang tipis ! -

- & the 3rd game (last one), again Ochia menang with 121 score while Adik's score is 72 !!! { sempat snap my score je, yg lain dh padam ! } -


Aku terpaksa terima hakikat yg Ochia lagi terer dari mamanya huhuhu....wlw apapun, aku enjoyed dpt luangkan masa emas dgn anak2 !


Abis game,perut pun dah lapar ! Mmg patut pun coz it's dinner time already hehehe...sibuk ber bowling sampai tak sedar yg hari dh mlm (8:30 pm ! )...sementara nk berjln carik pot mkn,sempatlah si Adik ni menyinggah kat kedai game and dapatlah dia beli satu game (with his own money)...
- aksi Adik tgh sibuk memilih game PS 2 -


- Ochia plak asik berposing je keje dia hehehe..... -



Takde byk choice nak dinner kat Plaza Alam Sentral ni so hubby decided to go somewhere else..kami ok je...so,on the way to parking sempat lg singgah kat ground floor where kat situ ade byk gerai2 yg dh start jual baju kurung & melayu...hajat di hati nak carik Baju Melayu utk Adik n hubby too tp color yg dicarik takde la plak....ade jumpa kat satu gerai tu,tp Adik plak tak berkenan...hmm,anak teruna aku skrg ni dah pandai nk pilih ikut choice dia...sabo je laa....
Lain yg dicari,lain yg dibeli...ended-up Ochia yg dpt apa yg dia hajatkan : tudung syiria & handbag !! Ni la sorang, dah pandai nak melaram dah skrg ni hehehe.....


At last kami ke Tesco Shah Alam...pekena nasi beriani kat JM Bariani House...ok gak coz dah lama pun tak mkn nasi beriani ni hehehe.....



Aku order nasi beriani ayam while hubby order nasi beriani with ayam masak merah....Ochia & Adik plak order beriani with ayam goreng berempah !!! Air plak, air bandung soda..alhamdulillah,kenyang !! Thanks a lot to hubby for great entertainment ! We really enjoy ourselves a lot !!! Lain kali, belanja lagi ye hikhikhik....*wink*