- sementara menunggu ketibaan Ayah, Mama & Ijam..kami berposing dulu....-
Tuesday, June 22, 2010
Dinner with Ayah !
- sementara menunggu ketibaan Ayah, Mama & Ijam..kami berposing dulu....-
Monday, June 21, 2010
The Karate Kid
Ekceli it was a surprise made by hubby for us...balik2 keje hari Jumaat tu terus dia tunjuk 4 tiket utk show hari Sabtu,19 June 2010 jam 4:20 ptg...hubby slalu mcm tu,taknak discuss dulu nak buat ape2...asik suka buat surprise aje...bkn ape, Sabtu tu aku dpt jemputan kenduri kt Kg.Jawa, Klang (rumah my fren, AIFA)...kenduri doa selamat dia n family nak pergi umrah next month..
Aifa jemput aku n family dtg rumah dia lepas zohor,dlm pkul 2 pm gitu...infact aku dah inform hubby abt this kenduri...he said sorry sbb dia terlupa abt this kenduri..aku malas la nk pkai bju kurung bila pegi tgk wayang ni...klau balik rumah kejap utk tukar baju sempat tak? hubby ckp sempat klau lepas mkn kenduri (b4 pkul 3 pm) trus balik...isshhkk,takkan la cepat sgt kt rumah Aifa...aku dah lama tak jumpa n borak2 dgn kwn aku tu...ingat nk lepak la lama sket..
Ended-up pkul 3:50 pm baru kami beredar dari rumah Aifa...hmm,mmg tak sempat la nk balik tukar baju...so,apalagi..aku n Ochia berbaju kurung la pegi TGV AEON Bkt Tinggi huhuhu..tak pernah ku buat..Ochia pun bengang hehehe...
Digital Photo Frame
So,last Friday (18th June 2010)...tercapai la hajat hubby utk memiliki brg yg telah sekian lama dia idamkan...
bila dah siap upload gambar2...apalagi,smua excited nak try test hehehe...mmg la cantik...gambar akan bertukar by itself,mcm slide show tu...sbg permulaan,hubby upload dulu smua gambar2 kami mase kami kat Japan...fuh, lg la cantik ! Maklum la scenery kt Japan kan dah sememangnya cantik !!
Friday, June 18, 2010
Suntikan Vaksin (H1N1) ade side effect???
Ekceli,ade effect tak suntikan vaksin H1N1 ni? Baru2 ni aku dpt email yg mengatakan vaksin ni ade kesan sampingannya huhuhu...adoii,mcm2 la klau dah free ! Samada btul atau tak kesahihan ttg side effect ni,wallahualam...sape yg tau tlg la clarify kan....sampai aku berpikir dua kali nak amik ke tak bila dpt tau pasal ni huhuhu...
Aku copy n paste email yg aku dpt utk dikongsikan bersama...
Kesan sampingan pengambilan vaksin H1N1 (seperti tertera pada pamplet yang diberikan oleh petugas di Poliklinik Kelana Jaya)
SERING BERLAKU :-
* sakit kepala
* keletihan
* kesakitan, kemerahan, bengkak atau benjolan pada tapak suntikan
* demam
* sakit otot, sendi Kerap berlaku
*rasa panas, gatal atau lebam pada tapak suntikan
* berpeluh, menggigil dan gejala selesema
* pembengkakan kelenjar di leher, di ketiak, atau di bahagian sulit Agak jarang-jarang berlaku
* rasa mencucuk/kebas di tangan/di kaki
* mengantuk
* pening
* cirit, muntah, sakit perut
* gatal dan ruam
* ganguan tidur
* gejala kulit seperti inflamasi dan ruam gatal Jarang-jarang berlaku
* kesan alergi yang menyebabkan penurunan tekanan darah secara mendadak
* sawan
* rasa menikam yang tajam
* pendarahan/lebam serius Amat jarang-jarang berlaku
* inflamasi pada salur darah yang menyebabkan ruam kulit, sakit sendi, dan masalah buah pinggang
* lumpuh .
Ni ade plak satu citer btul berdasarkan pengalamannya mase nak amik vaksin ni...(aku dpt thru email gak...)
Pengalaman Peribadi Posted by KHAIRUL "HAKIMMY" AISYAM Monday, May 10, 2010 at 4:21 PM :-
Pagi tadi, saya dan isteri mengambil vaksin selesema babi di Poliklinik Kesihatan Kelana Jaya. Sebelum itu, saya ada membuat panggilan ke beberapa buah klinik berdekatan, namun semua klinik meminta saya membuat janji temu sebelum mengambil suntikan tersebut. Hanya di Poliklinik Kelana Jaya yang memberikan suntikan terus tanpa melalui sesi janji temu. Lebih kurang pukul 9.30 pagi, kami sampai di klinik tersebut. Saya bertanya kepada petugas di kaunter tentang prosidur untuk mengambil suntikan tersebut. Jururawat itu menyuruh saya mendaftarkan diri di Kaunter 1. Selepas menyerahkan kad pengenalan, nama kami berdua dipanggil. Seperti biasa, kami dikehendaki membayar RM1 ringgit seorang. Selepas itu, petugas di kaunter tersebut menyuruh kami ke bilik khas untuk mengambil suntikan tersebut.
Tiada pemeriksaan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suntikan. Di bilik tersebut, beberapa orang staf dari jabatan kerajaan sedang berbaris untuk menerima suntikan. Seorang demi seorang menerima suntikan tersebut. Saya dan isteri menyerahkan kad pengenalan sekali lagi kepada jururawat di situ. Nama kami didaftarkan. Sejurus selepas itu, nama saya dipanggil untuk menerima suntikan.
Sebelum jarum menusuk kulit di bahu kiri saya, terkeluar kata-kata pertanyaan, "Apa kesan sampingan suntikan ini?" Jururawat itu menjawab sambil bertanya, "Encik hendak baca dahulu pamplet tentang kesan sampingannya atau encik hendak ambil suntikan dahulu?". Saya tanpa berfikir panjang berkata, "Suntiklah dahulu!" Memang terasa sakit sedikit semasa jarum menusuk ke dalam bahagian bahu. Berbeza daripada sakit suntikan biasa. Mungkin perasaan saya melebih-lebihkan sakit tersebut. Selepas beberapa ketika, bahagian yang disuntik tadi berdenyut-denyut dan terasa panas sedikit. Selepas sejam, badan mula rasa lenguh-lenguh dan keletihan. Kepala berat dan pening sedikit. Kesan ini berlarutan sehingga beberapa jam.
Saya mengambil cuti sakit di sebuah klinik. Badan rasa kurang sihat. Selepas makan tengah hari, kami sekeluarga tidur. Sehingga sekarang, selepas 7 jam menerima suntikan, badan masih lenguh-lenguh dan tempat suntikan masih lagi terasa sengal. Tiada kesan sampingan lain setakat ini. Mudah-mudahan kami berdua tidak mengalami kesan sampingan yang teruk.
Thursday, June 17, 2010
Alhamdulillah...smuanya dah selamat !
At first Adik ajak gak aku temankan dia pegi klinik. Serba salah aku dibuatnya...iye la,ekceli aku mmg taknak pegi sbb takut dan tak berani punya pasal hehehe...so,aku pun slow talk dgn Adik ckp kt dia yg aku perlu siapkan tempat after dia balik berkhatan nnt...lebih baik aku tinggal kt umah aje...lama jugak nk pujuk si Adik ni...nasib baik dia setuju pada akhirnya !
Sunday, June 13, 2010
Majlis Khatam Al-Quran & Kenduri Doa Selamat : OCHIA & ADIK
Begitu la bunyinya jemputan kami utk Majlis ni...kami menganggarkan jemputan seramai 100 org tp base on the lebihan mknan aku rasa cuma 80 org je yg dtg ! Ada yg bg confirmation nk dtg tp tak dtg..hmm...takpe la,nk buat mcmana...musim cuti sekolah ni mmg ramai org buat kenduri ; especially kenduri kawen !
Food smua aku cater je...baju Ochia & Adik, goodies,khemah smuanya aku dh siapkan awal2...just 'mini pelamin' je last minit aku plan nk buat..ekceli Ochia & Adik tak setuju on this 'mini pelamin' tp hubby & me buatkan juga (without their knowledge hehehe)...iye la, nak bg kelainan la sket kan hehehe....
On Saturday, suddenly hubby tnya aku :
Hubby : "eh,PA system u ade booking tak?"
Aku : "hah ? PA system?? mane ade...ingatkan taknak.."
Hubby : "Takpe..u cuba tnya, klau available proceed je la "
Dgn pantasnya, aku pun call la one of the PA system company kt Andalas...(dgn harapan yg menggunung tinggi hehehe...) tp unfortunately, boss PA syatem tu informed yg PA system mmg ade tp org yg buat setting plak takde...smuanya sibuk dgn wedding reception kt Sg Buloh for 2 days ! Aiseyman..frust hubby ! Hmm,nk buat mcmane...klau booking last minute mmg la tak gerenti bleh dpt !
Ntah mcmane, hubby set his own PA system...rajin plak dia hehehe....so,settle satu masalah..
Mlmnya plak, rumah aku dah penuh..bro in-law from Kuantan smpai mase Maghrib...MIL from Kuala Kangsar,Perak plak smpai agak lewat sket, pkul 10 mlm..diaorg smua bermlm kt rumah aku laa...kelam kabut sket aku dibuatnya..coz diaorg pun tak inform bgtau nk dtg..sampai aku 'import' tilam dan bantal dari rumah Mama hehehe...
One day b4 the event (Saturday, 5th June 2010 ) :
- pahar bunga telur (green & white in color) -
- Ochia n her cousins with Wan Shamsiah -
Acara bermula tepat jam 11 pagi..Adik memulakan bacaannya...suara Adik terketar2, mungkin dia nervous kot...byk kali juga dia ditegur oleh Ustaz...nasib baik Ochia ok, boleh control perasaannya...Mereka berdua bergilir2 membaca surah utk acara Khatam Al-Quran, cepat la jadinya..dlm 45 minit kemudiannya Tuan Ustaz dah boleh baca doa...
Menu aku utk kenduri ini adalah nasi putih yg berlaukkan kari ikan tenggiri,ayam goreng berempah,sambal tumis sotong kering,sayur cendawan hitam,brokoli & tauhu jepun...air plak mixed air oren & sirap...fruits : oren and karamel as pencuci mulut..aku ade gak order karipap as extra kuih and my niece also gave choc cuppies...tidak ketinggalan agar2 roti from my biras, Kak Timah..thanks everybody !