Saturday, May 23, 2009

Perginya PAKCIK WAROPIS...

(pakcik berbaju melayu biru di majlis persandingan Finaz Mac 2008 yg lalu...last aku jumpa dia mase ni laa...)

Al-Fatihah....





tanggal 20 Mei 2009 bersamaan dgn 25 Jamadil Awal 1430 jam 9 pagi aku dikejutkan dgn berita pemergian ke rahmatullah pakcikku, Hj.Waropis Bin Saien(suami makcik-adik ayah)...beliau meninggal dunia akibat dari paru2 berair,buah pinggangnya yg tak berfungsi,kencing manis dan lemah jantung....doc mengklasifikasikan punca kematian sbg kegagalan dlm sistem perkumuhannya...pakcik menghembuskan nafas terakhirnya pd usia 65 thn di Hospital Tunku Jaafar,Seremban N.Sembilan...cuma anak sulungnya, Tarmizi yg berada di sisi nya tatkala dia tgh tenat...makcik n Ajun (anak keduanya) mase tu baru on the way nak gi hospital,manakala menantu2 & cucu2 masih di Melaka n Bangi...

menurut makcik & anak2nya, arwah pakcik dah lama sakit...tp since hari Jumaat 15 Mei 2009 sesak nafasnya makin teruk...puas dipujuk utk ke hospital tp arwah taknak...arwah kata dia nak berehat kat umah aje...katanya lagi kalau nak mati kat mane2 pun blh mati ! so,arwah ke farmasi beli ubat utk menahan sakitnya...

at last hari Isnin 18 Mei 2009 Ajun berjaya pujuk arwah utk ke hospital. memandangkan keadaan arwah yg agak lemah Ajun putuskan utk bawak ke hospital yg terdekat je iaitu Hospital Seremban....badan arwah tak blh terima ubat2 yg dimasukkan ke bdnnya dan akhirnya arwah trus dimasukkan ke CCU & di'koma'kan...di CCU segala macam wayar telah dipasangkan,termasuk juga alat sokongan pernafasan !

Selasa 19 Mei 2009, ayah n mama telah pergi melawat arwah di hospital...kata mama mmg teruk keadaan arwah mase tu...so,aku n hubby plan nak pegi hospital melawat arwah keesokan harinya which is hari Rabu 20 Mei coz tak sempat nak pergi ptg Selasa tu....

Rabu 20 Mei 2009, tgh bersiap2 nak pergi Hospital Seremban..tiba2 dpt news yg pakcik dah takde ! so, perjlnan kami ditunda ke kg Lenggeng je la....

Al-Fatihah buat arwah pakcik...semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama2 dgn golongan org2 yg beriman....AMINN !

Saturday, May 9, 2009

Lagi gambar2 Batrisyia...





























BATRISYIA nama diberi....






iye...itulah nama yg telah diberikan oleh Am & Finaz utk baby girl mereka...


BATRISYIA BINTI MOHD KHAIRULNIZAM


telah selamat didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara, Klang pada 3 April 2009




Merujuk kepada buku, BATRISYIA bermaksud "yg cerdik/pandai"....

mudah2an Batrisyia menjadi anak kesygan & kebanggaan semua serta menjadi anak yg solehah,

AMINNN....


Batrisyia lahir ke dunia awal 2 minggu dari tarikh jangkaannya...mengikut jangkaan doc Batrisyia bakal lahir pada 12 April 2009...akhirnya dia berkongsi tarikh lahir dgn Pak Usu Musanif iaitu 30 Mac 2009, sehari je lewat dari birthday abak Ijam nya...kalau tak sure dah boleh celebrate sama2 dgn abak Ijam setiap tahun...anyhow,masih boleh share celebration coz it's still jatuh pada bulan Mac...share dgn Nekdah n of course Abak Ijam...

Tuesday, May 5, 2009

DIARY 30 MAC 2009....

Pagi nih Ijam admitted to Sime Darby Medical Centre (formerly known as SJMC) due to
sakit perut dia...doc nak buat endoscopy laa..so,pagi2 dlm kul 7:30 am camtu dia dah kuar
umah dgn ditemani oleh mama & ayah....tinggal Finaz berehat kat umah...

Aku plak hari nih ade Hari Report Card kat sekolah Ochia,from 8:00 am- 11:30 am.... so,aku plan dlm kul 10 am baru nak pegi....




Hmm,tetiba dlm kul 7:50 am Finaz called...inform yg dia dah bleeding sket...hah??terkejut la
aku...aku tnya samada Finaz nak gi klinik ke,boleh la aku tlg bwkkan b4 aku gi sekolah Ochia..
Finaz ckp tak payah dulu,dia saje nak tnya...lagipun dia blom breakfast lg...so,aku pun suruh dia bfast n buat ape2 yg patut b4 gi hospital...1/2 jam kemudian,Finaz called lagi..this time dia btul2
mintak aku tlg bawak dia gi Hospital Razif...aku pun apalagi,trus la pecut gi Andalas...aku tinggalkan hubby n adik kat umah yg tgh bfast ! Aku ckp aku gi kjap aje...


Smp je Hospital Bersalin Razif,trus doc panggil Finaz masuk bilik dia..Finaz ajak aku masuk skali,so aku pun mintak la permission kat doc tu utk masuk. Aku dibenarkan masuk setelah aku introducekan diriku...doc on call mase tu is Dr Madhulika...terkejut besar aku bila doc bagitau yg bukaan rahim Finaz dah 4 cm !! apalagi,trus la admitted n doc ckp mmg hari tu gak Finaz akan bersalin. Jangkaannya dlm kul 4 ptg gitu....


Finaz dimasukkan ke Wad Perdana (bilik sorang), bilik 12 (dkt dgn nurseri baby)...dah settle dpt bilik etc aku pun trus called mama, to inform psl Finaz ni...malangnye mase aku called mama tu Ijam tgh operate...mama suruh aku temankan Finaz until saat Finaz nak bersalin...hmm,kat sape lg aku nak mintak tlg kjap sementara aku nak gi sekolah Ochia for her report card day dia?? tetiba aku teringatkan Cikdah. So,aku pun called la dia...Cikdah kata dia tgh bg wan mkn. blh dtg hanya dlm kul 11 lebih ptg..semetara tunggu Cikdah dtg,aku dgn pantasnye called sekolah Ochia just wanna inform yg aku tak dpt dtg Open Day M.G.S. hari tu..pihak sekolah memahami dan dgn senangnya aku dpt perlepasan (settle satu problem)...dlm kul 11 am Finaz ditolak masuk labour room wlwpun dia blom sakit lagi...Am sampai dlm kul 12:30 pm...


So,lps je aku jemput ank2ku from school abt kul 3 pm again aku ke Hospital Razif..Finaz masih blom sakit lagi...dipendekkan citer,elok je mama n ayah sampai kul 4:10 pm Finaz pun selamat bersalin...alhamdulillah it was a normal delivery with a baby girl weighted 2.94 kg...







Finaz tgh rest dlm bilik...dah pasang CTG n perut pun dah mula sakit sikit2 (like period pain)
tapi masih mampu tersenyum


Inilah baby girl Finaz & Am
(sori gambar a bit blur coz amik pakai h/phone)
















Monday, May 4, 2009

DIAM UBI BERISI...

Walaupun berdiam diri dan sunyi di alam blog tetapi hidupku penuh dengan pelbagai komitmen. Kata orang DIAM UBI BERISI, dan yang pastinya semua itu mahu kuabadikan dalam entri pertamaku di bulan Mei ini.


Mari kita sama2 lihat corat-coret kehidupanku ini. Dimulai dgn :-



29 MAC 2009 (BIRTHDAY IJAM)



Alhamdulillah,hari ni adalah hari lahir adikku, Ijam yg ke-30...mama seperti biase nak buat
mkn2....so,ptg tu kami berkumpul la kat umah mama n ayah di Tmn Sri Andalas...ajak Cikdah n
Wan skali coz birthday Cikdah pun jatuh pada bln yg sama iaitu on the 24 Mac 2009,tp dah
belated la utk Cikdah...tak kisah la kan,janji kami dpt berkumpul,mkn2 & borak2 hehehe....





Ochia & Abak Ijam dia posing dulu b4 upacara potong cake....






Ini la birthday cake Ijam & Cikdah yg telah di sponsor oleh Am...
(sori,gambo tunggang terbalik hehehe)


Upacara potong kek Ijam & Cikdah
(Sori,gambo kek tak nampak ! hehehe)



Menu ptg tu :

pulut kuning,sambal & kari telur (tajaan mama)
Domino pizza (dari aku yg tau Ijam suka mkn pizza)


Gambo Finaz one day b4 dia bersalin !
(nampak sihat so tak sangka la yg dia nak bersalin keesokkan harinya !!)