Thursday, March 26, 2009

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58...

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut

"SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan MahaKuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baikdan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang akudapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiqdan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yangberiman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, danredhaikanlah aku.....

AMINnnnn.

update on adik2ku...

..more abt mama,lupa plak nak update psl condition adik2ku IJAM & FINAZ !

alhamdulillah Ijam discharged from Sri Kota Medical Centre on 18/3/09 same day hari mama nak di operate...doc bg MC till 22/3/09 utk Ijam berehat kat umah...demam pun dah takde n doc ckp result darah Ijam pun ok..tp doc siap pesan lagi in case Ijam demam balik,immediately dtg hosp.balik...hari Ijam discharged tu aku sepatutnye stand-by nak bwk dia balik tp ntah camane tukar plan...Ijam mintak ayah yg jemput dia coz dia tau ayah nak ke PPUM visit mama..rupa2nye Ijam plan nak ikut ayah ! hmm,kuat semangat gak adik aku tu,wlwpun dia sdiri tak brape sihat lg tp dia gagahkan juga dirinye nak gi tgk mama...

rupa2nye on d way to PPUM ayah ditimpa 'bencana',keta kancil wat hal lagi !! tu la sbbnye nape ayah lmbt smp PPUM n jumpa mama b4 mama msuk OT..temperature keta tetiba naik mendadak !!! tu pun nasib baik Ijam yg prasan...mase tu baru lps byr tol kat batu 3..rupa2nye hose keta kancil tercabut ! isshkk, mase ni plak keta ni nak meragam..tp bila aku pikir2 balik,mmg patutnye ayah n mama ade satu keta yg stabil sket...hmm,this makes me nak belikan mereka keta baru je,at least proton ! semangat tu semangat dah tp aku pun kena congak2 dulu hehehe... insya-allah !

ni citer psl Finaz plak...ekceli mase hari mama operate tu Finaz pun tak sihat ! biase la dia,dehydrated sbb tak mkn/minum..bkn dia taknak mkn minum tp bila dia mkn/minum sure dia akan vomit! so,mlm tu Am decide nak rush Finaz to hosp.Razif je tp on d way tu Am tgk Finaz dah 'lembik' tak larat sesgt,rasanye nak menyampaikan ke Klg mcm lmbt..so Am trus bwk Finaz ke Hosp.Sg Buluh ! mcm biase,Finaz kena tahan masuk wad n masuk air...

hmm,besar sungguh dugaanMu ya Allah terhadap keluargaku kali nih...wlw bagaimana pun,aku terima dgn tabah !




Tuesday, March 24, 2009

i'm back !!!


1,ooo apologise la dariku sbb lama tak update blog nih..hajat hari tu dpt la aku update blog aku hari2 coz cuti sekolah kan,aku agak relax sket...tp memandangkan ade perkara yg tak 'diingini' berlaku sepjg cuti sekolah baru2 nih (refer to my earlier entry) membuatkan aku betul2 tak berkesempatan....again,i'm sorii !


hmmm,ape aku nak citer dulu nih??

ok laa,since last entry aku ade citer psl adik2ku n mamaku yg sakit...so here aku update abt their condition...



dimulai dgn MaMa...alhamdulillah mama dah selamat menjalani pembedahan 'voice cord cyst'nye pd hari Rabu 18/3/09...ikut jadual asal mama patut di operate kul 2 pm tp ntah mcmane awal plak mama ditolak masuk ke OT,abt pkul 12:15 pm...hinggakan ayah n aku
pun tak sempat nak 'melepaskan' mama masuk OT..sori ye ma ! ayah lambat sampai PPUM
coz ade 'hal' yg menimpa dirinya on his way tu...
aku n anak2 smp PPUM abt pkul 3:15 pm,saing plak dgn Amril...terjumpa kat parking
basement..Manja n Hakim pun ade skali..so,kami pun sama2 naik ke wad ENT level 7,
Menara Timur..sampai kat wad mama blom naik lagi..ayah n Ijam ade la,tgh tunggu kat
loudge wad...Ijam nmpk lemah sgt,mane tak discharged dari Sri Kota trus dia nak ikut ayah
tgk mama...
agak2 lg 10 minit lg nak ke jam 5 ptg,baru la mama ditolak masuk wad ENT dari OT...alhamdulillah,operation SUCCESSFUL ! mama tak bleh ckp for abt 7 days,mkn pun kena mkn soft diet(bubur) till hari ke-5..we all lepak kat wad sehinggalah selesai solat maghrib
kecuali ayah yg balik awal sbb mlm tu ayah ade kelas tuisyen..Ijam plak ikut aku balik umah aku..

Tuesday, March 17, 2009

IjaM pulak !!

...blom reda dgn citer Finaz msuk wad,tetiba dlm kul 9:40 pm 16/3/09 mama called bagitau yg Ijam plak masuk hospital...suspect denggi !!! ya-allah,lepas satu satu dugaan Kau turunkan utk keluargaku...hari tu Finaz,ni Ijam plak...

Ijam started dgn fever yg very high temperature (40 degree celcius)...on n off plak,pas mkn ubat temperature ok,abt 4 hrs later temperature tinggi balik..lepas maghrib Ijam mintak tlg mama antarkan dia gi klinik coz dah tak tahan sgt katanye...ma pun pegi la bwk Ijam gi klinik panelnye kat Bdr Baru Klg(mak aii,jauh nye panel klinik ko Jam)...doc kat klinik trus refer Ijam to hospital coz suspected denggi ! Ijam suruh gi Hosp TAR je tp mama ckp tkut delay,maklum la hospital kerajaan kan...so,after checking with his ofis bleh bwk gi specialist hospt which is either Pantai Medical Centre or Sri Kota Medical Centre...

Mama trus nak gi Pantai je coz dekat sket katanye tp unfortunately tak dpt coz smua bed kat situ full !! nak taknak kena la gi Sri Kota..mase aku dpt call mama tu diaorg smua baru smp Sri Kota....later,abt kul 10:15 pm ayah called to update on Ijam's situation...confirmed Ijam kena admitted tp doc blom confirmed lg psl denggi tu...kena buat blood test dulu...sementara tunggu result blood tu,Ijam trus dimasukkan ke wad n terus on drip !

harap2 takde yg serius berlaku kat Ijam...on the other hand mama pun esok kena admit to Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)..mama kena buat 'minor operation' for her voice box yg doc suspect ade ketumbuhan....operationnye will be on Wed 18/3/09...

ape2 pun dugaanMu ya Allah,aku berdoa n berharap agar kedua2 adik dan ibuku akan selamat dan sihat seperti biase,insya-allah...AMIN !!!

Monday, March 16, 2009

Cerita fiNaZ...

Hari Jumaat lepas 13/3/09,aku dikejutkan dgn berita Finaz msuk hospital ! kus semangat,terkejutnye aku...iye la,dlm kepala otak aku dah dok pikir abt Finaz punye due date...tapi lambat lg (bln dpn) takkan awal sebln???
mase tu aku tgh relax2 sambil watched tv dgn anak2....
tetiba ayah called bgtau yg Finaz kena admitted kat Hospital Bersalin Razif due to dehydrated !
rupa2nye dah 2 hari Finaz demam dan sejak itu gak dia tak mkn n minum..laa,dehydrated ke??kesiannye adik aku tu,slalu sgt demam during her prenancy nih...

so,lepas solat Asar aku n anak2 pun bergegas ke Hospital Razif...Finaz dok kat open ward (2nd floor)..mase aku sampai tu dia dah on drip,botol yg ke-2 ! Dato' Razif takde so doc Madura yg on call mase tu take care Finaz....pas amik darah trus Finaz kena drip...hasil ujian darah it's confirmed yg Finaz demam virus...nothing serius dgn keadaan Finaz,infact kandungan Finaz pun alhamdulillah,ok....

3 hari 2 mlm Finaz dok hospital..hari Ahad 15/3/09 lepas antar Ochia gi tuisyen skali lagi aku gi visit Finaz...alhamdulillah Finaz dah bleh discharged...

aku berharap Finaz akan sihat sentiasa sehingga saat dia nak melahirkan nnt....take a good care of urself ye dik...rajin2 la mkn smua ubat2 yg dibekalkan oleh doc..i'm always pray for ur good health dari jauh.. muahhhhhhhhhhhh....

Tuesday, March 10, 2009

Wanita dan Kubur




...ingatan buat diriku......





1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Is mail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh..

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wan ita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

"Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah... Wan italah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

SATU PERINGATAN!!

KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK LIMA KALI;

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka teranglah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah",supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;

1. Dunia itu racun, Zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, Zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, Zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, Taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

BenGanG !!!

eee...mmg aku bengang btul hari nih ! BENGANG sbb tepon umah aku di'kacau' org !

sejak awal pg lg tepon umah aku tu berbunyi tp bila aku nak angkat je trus putus !

'org' tu plak every 10 minutes sure call ! sampai tak senang aku nak buat keje kat umah nih...



ishhkk...sape la agaknye ye...nombor tertera kat phone 'private no'?? hah??private no ??
tetiba aku teringat kan anak2ku...iye la,slalunye klau private no ni call dari public phone...
mungkin Ochia or Adik try to call aku kot..tapi slalunye diaorg akan call h/phone klau tak dpt call umah...hmm,harap2 takde yg tak diingini berlaku kat diaorg....

balik dr sekolah,aku trus tanye Ochia & Adik samada diaorg ade call umah tak? diaorg ckp takde! hmm,sah la yg calls yg mangacau aku dr pg tu is 'unexpected calls'....tak ckup dgn tepon umah,'org' tu cuba kacau h/phone aku plak...kali ni no.received starts with 03-788......??
bila aku angkat je,'dia' letak...eeee,bengang btul !! agak2 beberapa lama pastu,aku plak try dial no tu...ade ringing tone tp org yg empunya no tu taknak angkat ! eee,sabo je aku hanya Tuhan je yg tau....

sape la agak2nye 'org' tu ye??

Saturday, March 7, 2009

Vicks Vapo Rub

Vicks....
hmm,pasti kalian smua tau psl ointment ni kan??
gitu gak dgn aku...mmg aku sebati dgn ointment vicks nih...infact aku ade je
simpan stok ni kat umah...

kegunaannye??
biase la utk melegakan selsema kan?..mmg mujarab btul klau kita sapukan vicks ni
bila kita diserang selsema,di mana dlm mase beberapa minit je lepas disapukan ointment ni
kita akan berasa selesa...aku tak ketinggalan mengamalkannye baik utk diriku sendiri maupun utk anak2ku,termasuk my hubby too...

mmg selama ni aku tak tau effect penggunaan vicks ni,till aku dpt email ni dr Kak Fadillah
yg mengatakan vicks ni bleh mendatangkan masalah pernafasan terutama utk kanak2...
so,aku nak share info nih dgn korang smua....btul atau tak,wallahualam...
jom kita baca...